Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, April 30, 2015

Swiss Roll Corak Zirafah

Assalamualaikum w.b.t..'La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin'..sekali lagi, seperti yg dikata Inysaa Allah akan buat lagik, lepas kejadian yg memula tu esknya menggulung plok...kli ni versi bercorak plak...sebenarnya pestime tgk kek gulung corak zirafah ni suatu masa dulu kat dapur seorang yg berpengalaman luas dlm dunia masakan dan layak diberi gelaran blogger yg serba boleh, humble dan tidak loket ilmu, itulah Kak Wan (citarasawan) masa tu gerak hati ni belum terasa utk mencubanya...klu nk ilmu dan pengetahuan percuma rajinkan la lepak kat blog kak wan...masih guna resipi yg kat sini...cuma ada ubah skit je...memang best la rspi ni...sedappp sangat keknya dan semudah ABC...selamat berhujung minggu buat semua sempena cuti 1 May esk...mohon maaf atas kekurangan yg ada dan semoga jumpa lagi...Inysaa Allah..

siap gulung...sejukkan dulu dlm peti sbb guna filling whip cream...suami xminat sangat buttercream...masa nk gulung tu kedua tangan pegang hujung kek dan gulung perlahan2 sebab biasanya klu yg buat merekah bahagian hjung tu sebab part tu sedikit berkerak...

keknya lembut mcm kapas dan moist...tu pun suami duk mintak suruh buat lagi...tpi asik lupa je nk beli whip cream...

rupe setelah dilorek, takpe la xjdi mcm corak giraffe betul pun...ada skit2 bleh la kan...lepas tuang adunan kek dlm loyang...terus lorek atasnya...

Swiss Roll Corak Zirafah by http://ilhamdapur.blogspot.com/
Bahan-bahan
  • 3 biji telur saiz B 
  • 60 gula kastor 
  • 1/2 sudu teh baking powder 
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla 
  • 1/2 sudu besar ovallete 
  • 43g tepung gandum 
  • 1/8 sudu kecil garam - abaikan jika guna mentega biasa
  • 1/2 sudu besar serbuk koko *
  • 1/2 sudu kecil coklat emulco *
  • 57g mentega tanpa garam (unsalted) - cair
  • 150ml whipping cream Non Diary - yg dah manis tu *
Cara

1. Panaskan oven suhu 170 C.
2. Sediakan loyang 10x10 dan alas dengan baking paper, kertas tu biar lebih sikit supaya senang nak keluarkan kek nanti.
3. Dalam mangkuk satukan semua bahan kecuali bahan bertanda * dan putar dengan kelajuan tinggi hingga kembang selama 4 - maz guna hand mixer je, kemudian asingkan 2-3 sudu besar adunan+1/2 sudu besar mentega cair dan sebatikan, ni untuk buat corak nati, masukkan dalam paiping bag.
4. Masukkan serbuk koko, coklat emulco  dan putar lagi selama 1-2 minit.
5. Masukkan mentega dan kaup balik dengan spatula biar sebati.
6. Tuang dalam loyang, ratakan dan lorek atasnya buat bentuk ala-ala zirafah dengan adunan putih tadi, bakar semalam 20 minit dengan api atas bawah, maz letak dirak paling bawah.
7.Bila dah masak, keluarkan kek sekali dengan kertas dan sejukkan sepenuhnya atas redai kek, kemudian letak sehelai kertas baking atas bahagian permukaan kek dan terbalikkan (biar yang bawah kat atas), tarik keluar kertas alas kek tadi, sapu cream secukupnya dan gulung perlahan-lahan biar kemas, tujuan letak kertas atas kek tadi sebagai alas semasa menggulung agar kulit kek tu tidak terkoyak.
8. Boleh la dipotong untuk dihidang atau balut/masuk bekas kedap udara dan simpan dalam peti.
9. Untuk filling - putar whip cream+secubit garam+1/2 sudu kecil essen vanilla dan putar hingga kental, simpan dalam peti dulu sementara tunggu kek sejuk.

taraaaa...setelah masak, sejukkan dulu sebelum diterbalikkan dan digulung...maknanya bila nk gulung yg bercorak ni duk bawah la...kli maz guna loyang 10x10...yg memula hritu loyang 9x9 tu yg tebal sikit keknya...

main hentam je buat corak tu, xde lukis draf dulu atas kertas...Alhamdulillah jdi jgk coraknya...pasti akan buat lagi...Inysaa Allah...

Wednesday, April 29, 2015

Udang Tandoori

Assalamualaikum w.b.t..'Allahuma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni'..masih lagi dgn gambar lama..udang tandori ni kejadian awal thun lagik...adoiii lamanya duk peram...makin banyak plak pic dlm folder tu...xthu la sempat habis ke dak sebelum nk bersara...mungkin akn smpainya masa utk berundur diri...try buat tandori udang ni dek kerana xtahan dgn godaan udg grill kat retosran...kebetulan stok udg besar pun ada...tengah musimnya awal thun haritu...klu order mixed grill platter, selain dri lamb chop...isi ayam atau kebab ada jgk udg sekli...mkn dgn khubus arab yg masih panas...fresh dri clay oven...ni pun main hentam je la labu marinated ikut suka...Inysaa Allah semoga bersama lagi dan mohon maaf atas kekurangan yg ada...

Udang Tandoori by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan (resipi anggaran)
  • 6-8 ekor udang saiz XL
  • 2 sudu besar yogurt asli
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk cili
  • 1/2 sudu kecil serbuk garam masala
  • sedikit garam 
  • sedikit pewarna merah
Cara

1. Belah belakang udang, buang urat hitam dan toskan biar betul-betul kering.
2. Sebatikan semua bahan kecuali bahan terakhir, kacau sebati, lumurkan pada seluruh udang dan perap selama 2-3 jam.
3. Susun udang dalam loyang (biar bahagian terbelah tu kat atas) dan panaskan oven 200 C, (maz guna fungsi grill).
4. Bakar selama 10-13 minit atau hingga masak.
5. Bolehlah dihidang dengan roti naan atau ikut selera dan hias sikit dengan daun ketumbar dan limau nipis/lemon masa nak hidang.

skrang ni langsung xde udg kat pasar...dh hbis musim...kena tunggu bln 9 ni la plak utk menikmati pesta udg kat pasar...klu ada jual pun kat pasaraya udg frozen...sni penternakan udg dikontrol oleh kerajaan...

Tuesday, April 28, 2015

Pulut Panggang

Assalamualaikum w.b.t..'Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim'..lamanya peram kuih ni...memang kerap jgk duk buat pulut panggang sblum ni...tpi skli buat xde la banyak...dlm 1 cwn beras pulut je...dpt la dlm 9-10 biji...rspi sama je mcm yg duk buat selalu...klu ada inti utk cucur badak tu...mesti buat pulut ni skali...cuma tambah isi ikan rebus atau udg kecik segar je...yg ni intinya kurangkan cili kering sbb tkut pedas sangat...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala khilaf...

Pulut Panggang by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan (resipi anggaran)
  • 1 1/4 cawan beras pulut - rendam 15 minit
  • 1/3-1/2 cawan santan cair + sedikit garam 
  • 1 helai daun pandan
  • daun pisang yang dilayu secukupnya
 Cara

1. Sediakan pengukus dengan air mendidih.
2. Ratakan pulut dalam pengukus dan masukkan daun pandan, kukus selama 10-15 minit sambil dibalik sekali sekala atau hingga pulut lembut
3. Keluarkan pulut kukus tadi, masukkan dalam bekas dan gaul dengan santan (masa ni pulut akan nampak basah dan lembik sikit, takpe sebab nak kukus lagi sekali).
4. Kemudian masukkan semula pulut tadi dalam pengukus dan kukus lagi selama 8-10 minit.
5. Bila pulut dan masak, ratakan segengam pulut atas daun pisang, letakan inti secukupnya dan bungkus biar kemas, kelip hujung dengan stapler. Buat sampai habis.
6. Bakar sekejap sambil dibalik-balik atas dapur gas dengan api kecil atau pemanggang yang sesuai - maz bakar atas stove eletrik.

Inti
  • 2 cawan kelapa parut
  • 3-4 ulas bawang merah*
  • 2-3 batang serai - hiris nipis*
  • 1 senduk kecil cili kisar
  • 1 cawan udang geragau
  • 2 ekor ikan rebus - buang tulang dan hancurkan isinya
  • gula dan garam secukup rasa
 Cara

1. Kisar semua bahan yang bertanda * bersama sedikit air sehingga lumat.
2. Dalam kuali masukkan bahan kisar, bahan-bahan lain serta sedikit air lagi, kecuali ikan rebus dan perasa. Kacau sebati dan masak dengan api perlahan seketika.
3. Kemudian masukkan isi ikan, bahan perasa dan kacau balik sekali sekala. Masak sehingga kering. Siap dan sejukkan dulu.

aiman dgn babanya la yg suka sangat kuih ni...afiq xminat kuih2 ni...buat sikit ni skejap je la nk mengukusnya...sesambil masak pun bleh buat...daun pisang guna yg frozen je...tu yg gelap je warna...

Mutton Mandy

Assalamualaikum w.b.t..'Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar'..rsanya smjak pindah rumah baru, ni la bru pestime buat nasi arab...bkn xnk buat, tpi sbb klu hri minggu tu memang mkn kat luar...nasi arab ni mesti ada utk afiq...dia mesti kena nasi jgk wpun dh mkn benda lain...jdi tu yg xberapa nk masak sdrik...mcm nasi arab yg pernah buat sblum ni...maz cuba tiru dari nasi mandi yg duk mkn kat retosran Yemen...wpun xsama 100% dgn kedai punya, tapi utk mkn sdri pun bleh la kan...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan harap dimaafkan kekurangan yg ada...

nasi arab ni mudah je nak sedia...xpayah nk buat 2-3 jenis lauk...main lebur je gitu...tpi ada jgk yg rumit penyediannya...maz buat versi sdri yg ringkas je...wpun main buat ikut suka...Alhamdulillah tetap kena dgn selera umat dlm rumah ni...yg hitam tu limau kering...limau kering ni ada yg wrna hitam dan ada yg warna perang...

Mutton Mandy by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg kambing segar- maz guna bahagian betis
  • 1 1/2 sudu besar rempah mix arabic *
  • 2 biji limau kering * - yg hitam dlm nasi tu
  • 2 labu bawang besar - dadu besar *
  • 3 ulas bawang putih - ketuk *
  • 1 inci halia - ketuk *
  • 2 helai daun bay *
  • 2 biji tomato - dadu besar
  • 2 biji cili hijau
  • 1/4 sudu kecil serbuk kunyit
Nasi
  • 2 cawan beras basmathi
  • 2 kayu manis
  • 9 biji buah pelaga
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 9 kuntum bunga cengkih
  • 1 biji limau kering
  • 2 helai daun bay
  • 2 sudu ebsar minyak sapi
  • 4-5 sudu besar minyak sayur
  • 1 kiub pati daging/kambing @ garam
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • sedikit pewarna oren (kuning+merah sikit) @ safron jika ada
Cara

1. Dalam periuk tekanan masukkan air secukupnya (air tu cukup sekadar 1 aras dengan kambing, periuk tekanan airnya tak kering, jadi xperlu masuk banyak air), semua bahan untuk masak kambing, masak biar air sedikit panas kemudian masukkan daging dan kiub pati atau garam secukup rasa.
2. Tutup periuk tekanan dan masak dengan api perlahan selama 1 jam.
3. Buka periuk dan amik separuh air rebusan daging untuk masak nasi.
4. Dalamk periuk nasi, panaskan minyak, masukkan bahan rempah dan daun bay, tumis sekejap biar wangi.
5. Masukkan beras, air rebusan secukupnya, lada hitam dan sedikit kiub pati (jangan letak banyak ye, maz cuma masuk 1 cm je air dari paras beras)
6. Masak seperti biasa hingga nasi kering, kemudian titik 3-4 tempat pewarna oren, masukkan minyak sapi dan biar nasi masak sepenuhnya.
7. Kemudian gemburkan sikit nasi dengan garfu agar warna oren tadi bercampur.
8. Boleh la dihindang dengan kambing, supnya dan air tomato (kisar tomato, cili hijau, bawang besar), maz tak buat...

klu beli pun murah je nasi arab ni...yg kecik pun bleh 2 org mkn...punya la bnyknya...dgn kamben tergolek2...banykk lauk...bru 1 dinar je atau 10 henggit...lgipun dh duk kat tempat nasi arab kan...ambil la peluang yg ada utk menikmati mcm2 jenis dan stail nasi2 arab yg ada kat sni...Alhamdulillah atas nikmatNya...

Monday, April 27, 2015

Kerepek Daun Kangkung..Ralik Makan Kerepek Ni..

Assalamualaikum w.b.t..'Allahuma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni'..sesambil duk masak nasi ayam utk tghri ni...Inysaa Allah, update daun kangkung goreng ni la skjap...ralik dibuatnya...pas shelai2 kunyah, tgk dh licin pinggan...snak yg ringkas dan jimat kos...sebenarnya idea dri satu menu dikedai thai...tunggu kemunculan menu tu ye...update versi ni dlu...dh buat 2x...Alhamdulillah semua dgn izinNya...msih guna batter yg sma sprti buat udg celup tepung...pisang goreng cheese dan fish n chips sblum ni...ada kat sini...memang keeper rspi...Inysaa Allah semoga jumpa lagi...nk smbung msak nasi ayam plak...mohon maaf atas kekurangan yg ada...

klu blum ada ilham nk buat apa utk kudapan ptg ni...bleh la cri kangkong buat kerepek ni...

Kerepek Daun Kangkung by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • daun kangkong secukupnya - cuci & toskan
  • 1/2 cawan tepung beras 
  • 1/4 cawan allpurpose flour 
  • 1 sudu kecil baking powder 
  • 50ml susu segar 
  • 1/4 sudu kecil yis kering - larutkan dalam 2 sudu besar air suam 
  • 1-2 titik pewarna kuning 
  • air sejuk peti secukupnya @ air biasa pun ok, sbb nak masuk peti pulak
  • sedikit serbuk pati ayam @ garam 
Cara

1. Dalam mangkuk satukan bahan kering, kemudian masukkan susu segar, yis, pewarna dan air (air tu masuk sikit-sikit, maz tak sukat pun, adunan ni cair gitu, cair lagi dari bancuhan goreng pisang), kemudian simpan dalam peti selama 4-5 jam atau semalaman, maz bancuh malam untuk guna esok.
2. Panaskan minyak secukupnya, masukkan daun kangkong dalam adunan, amik sehelai-sehelai, masukkan dalam minyak panas, jarakkan masak goreng baru tak melekat dan guna api sederhana besar.
3. Goreng hingga garing dikedua bahagian, angkat dan toskan dan boleh la dihidang bersama sos pilahan.

bli kangkong seikat bleh 2x goreng...tetap ranggupp wpun dh sejukk...aiman dgn babanya sukaa sangat...bancuhan tu kira bila celup daun tu lekat sikit2 kat daun...ni yg buat kli ke 2 dh...

Daging Masak Hitam

Assalamualaikum w.b.t..'La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin'..ni pun menu ulang tayang yg dlh berbulan jgk kena peram...asik duk pusing lauk sama je...kekdang tu feningg jgk la ana nk masak apa...tambah umat yg nk mkn pun xadventure mna bab lauk pauk ni...Alhamdulillah daging segar dan ikan memang mewah la kat pasar tu...tu yg sukaa sangat klu prgi pasar Manama...geramm tgkk...daging ni ala2 masak kicap jgk...cuma sedikit berempah...Inysaa Allah semoga bersama lgi dan mohon maaf atas segala kekuranga yg ada...

Daging Masak Hitam by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 300g daging segar lembut/batang pinang - hiris nipis
  • 1 sudu besar kicap mansi @ secukupnya
  • 3 ulas bawang merah - tumbuk
  • 1 ulas bawang putih -tumbuk
  • 1/2 sudu kecil serbuk kari
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1/4 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 labu bawang besar - hiris nipis
  • 1 biji cili merah/hijau
  • garam gula secukup rasa
  • minyak sayur secukupnya
Cara

1. Dalam kuali masukkan daging, sedikit air dan kicap manis, kacau sebati dan masak dengan api sederhana sambil dikacau sekali sekala hingga daging lembut (boleh tambah air jika perlu).
2. Keluarkan air daging dan biarkan daging dalam kuali, kemudian masukkan sedikit minyak dan goreng biar daging sedikit garing, angkat dan ketepikan.
3. Dengan kuali yang sama, masukkan sedikit minyak lagi, tumbis bahan tumbuk hingga wangi, kemudian masukkan cili kisar, tumis sekejap, masukkan serbuk kari dan jintan manis/putih.
4. Masukkan sos tiram, sos cili dan bawang, kacau sebati, masukkan daging dan sedikit airnya tadi, kacau sebati dan perasa secukup rasa.
5. Masukkan cili merah/hijau dan masak seketika agar sedikit kering dan daging sebati dengan bahan rempah.

layan dgn nasi putih panas2 memang ngamm sangat...xde lauk lain pun tkpe dh...klu jenis lauk itam masuk kicap gini laku la kat rumah ni...

Sunday, April 26, 2015

Orange Punch

Assalamualaikum w.b.t..'Hasbunallah wa ni'mal wakil'..air plak deh...sedapp plak skli skala minum punch ni...jus yg dicampur dengan air soda...cuaca pun dh mula terasa panas...nk menuju musim summer...thun ni Ramadhan dlm musim panas...tpi kita yg duk kat rumah ni xterasa sangat la kan...Inysaa Allah semoga dipanjangkan umur kita semua agar dpt bertemu dgn Ramadhan kli ini ...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas kekurangan yg ada...

Orange Punch by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 botol (200ml) jus oren 
  • 1 botol (200ml) air berkarbonat (soda, sprite, 7 up dsbnya)
  • ais jika perlu
Cara : Satukan 2 jenis minuman, masukkan sedikit ketulan ais jika perlu (maz tak letak sbb dah simpan sejuk), sedia untuk dinikmati.
Boleh juga guna jus strawberi atau sebagainya, kalau nak masuk ais banyak kena buat air gula sikit, nanti tak cukup manis plak, maz tak letak ais sebab cuaca pun tak panas sangat, cukup dengan air yang disimpan sejuk dalam peti.

xsangka afiq pula yg sukaa minum air ni...memang nyaman je tekak dpt segelas...selain dri air soda...bleh jgk guna air berkarbonat lain seperti flavour lemonade atau sitrus...

Brussel Sprout with Salted Fish (Sayur Dengan Tenggiri Masin)

Assalamualaikum w.b.t..'Allahuma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni'..sukaa sungguh meratah sayur ni...klu pergi asian store mesti beli...tpi stoknya xselalu ada...goreng dgn ikan tenggiri masin mcm buat kailan ikan masin tu...nma dlm bhasa melayu xthu la plak panggil apa...kat paket bungkus tu tulis brussel sprout..sblum ni pun ada n3 dh sekli...ada sapa yg tahu ke pasal sayur ni...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas kekurangan yg ada...

Brussel Sprout with Salted Fish by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 3-4 pokok brussel sprout - tak potong pun ok sebab sayur ni saiz kecil dan cuci bersih
  • 1-2 keping ikan tenggiri masin - potong kecil
  • 3-4 ekor sotong 
  • 1 ulas bawang putih - ketuk
  • 1 biji cili merah - hiris
  • 1/2 sudu besar sos tiram
  • sedikit air asam jawa
  • sedikit bawang besar yang dihiris
  • secubit gula
Cara

1. Panaskan 2-3 sudu besar minyak, masukkan bawang putih, kemudian masukkan ikan dan tumis seketika biar ikan masak.
2. Masukkan sotong, masak sekejap, masukkan sayur bersama bahan lain, kacau sebati dan masukkan sedikit air dan perasa secukup rasa, masak sekadar sayur layu sikit je, padamkan api dan sedia dihidang bersama nasi putih.

yg jenis bulat kecik2 rupa seakan mcm kubis tu pun namanya brussel sprout jgk...ada kat sini...ni mungkin pokoknya kut atau ada nama lain utk sayur ni...

Saturday, April 25, 2015

Gulai Siam Ikan

Assalamualaikum w.b.t..'Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim'...skrang ni subuh 3.45...dlm puasa nti 2.30 dh kena sahur...subur makin awal...pkul 3.15...wpun lauk ikan ni sememangnya sedapp...tapi jarang dpt masak ikan...klu masak pun anak tak mkn...asik duk pusing ayam atau daging...pestime merasa dan cuba masak ikan stail siam ni...satu hritu xde idea dh nk buat apa dgn ikan lam peti tu...maka godek la tnya mokcik google...akhirnya brkenan dgn rspi dri sifu masak yg xasing lagi dikalangan kita semua...rspi dri dpur Kak Liza yg ckup pemes tapi tetap humble orgnya...jazakillahukhairan kak atas rspi yg dikongsi...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas kekurangan yg ada...

Gulai Siam Ikan by http://ilhamdapur.blogspot.com
Resipi : Kak Hanieliza
Bahan-bahan
  • 500 gm ikan tengiri/merah/tbala atau kembung 
  • 3 cawan santan [1 biji kelapa] 
  • Sedikit terung pipit - ganti timun cameron
  • sedikit buah belimbing buloh - ganti tomato
  • 5 helai daun limau purut 
  • 3 tangkai cili hijau (belah 2) 
  • garam secukup rasa 
  • minyak untuk menumis 
 Bahan Mesin
  • 10 tangkai cili kering 
  • 10 biji cili api 
  • 1 s/k lada hitam -  maz letak
  • 5 batang serai dihiris 
  • 2 cm lengkuas 
  • 10 ulas bawang merah 
  • 5 ulas bawang putih 
  • 2 cm belacan - xletak
  • 2 cm kunyit hidup 
Cara

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi.
2. Masukkan santan, timun cameron dan masak biar mendidih.
3. Masukkan ikan, tomato dan daun limau purut. 
4. Masukkan buah belimbing buloh dan cili hijau. Perlahan api dan biarkan mendidih dan naik minyak.
5. Bila kuah telah pekat tutup api dan hidangkan dengan nasi putih.

sedapp aroma daun limau purut...terangkat layan dgn nasi putih...klu ada plak ikan masin mau bleh hbis 2 pinggan nasi...cuma sayur tu maz letak je apa stok yg ada...mna nk cri belimbing buluh tu kan...maz memang suka daun limau ni...klu msak nasi lomak pun xtinggal daun limau ni...harum semerbak bau nasi lemaknya..

Friday, April 24, 2015

Roasted Fresh Fig with Honey & Pistachio

Assalamualaikum w.b.t..Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim'..bertemu sekli lagi...maaf la ye masih lgi nk perabis gambar lama...roasted fig ni pun buat msa musimnya bln 1 hritu lagi...lepas buat yg memula tu sedappp sangat...ada kat sini...pastu duk ulang masuk oben la buah fig ni atau nama dlm al quran buat tin...sukaaaa la...mkn dgn eskrim pun sedapp...Insyaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala khilaf...

stelah diisi dgn pistachio dan madu...ready tuk masuk oben...walaaa! sedapnyaaa...Inysaa Allah klu panjang umur awal tahun depan la plak dpt mkn roasted fig ni...

Roasted Fresh Fig with Honey & Pistachio by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • buah fig segar 
  • kacang pistachio secukupnya
  • madu secukupnya
Cara

1. Panaskan oven 170 C.
2. Belah tengah (bentuk +) buah fig, tapi jangan putus.
3. Isi beberapa biji kacang pistachio dalam buah fig yang telah dibelah tadi, susun dalam bekas tahan panas/casserole, tuang madu atasnya dalam 1/2 sudu besar setiap biji.
3. Bakar selama 13-15 minit, sedia untuk dinikmati ketika masih panas. Boleh juga dinikmati bersama aiskrim.

mkn yg mentah gitu pun maz boleh habis 1/2kg...memang sukaa la buah ni...dgn manisnya...teksture isinya lembut berbaldu gitu...Alhamdulillah dpt jgk mkn buah tin segar ni dlm hidup...kat negara kita susah nk jumpa kan...

Sotong Goreng Tepung

Assalamualaikum w.b.t...'Hasbunallah wa ni'mal wakil'..Alhamdulillah bertemu lagi dgn pagi jumaat yg barakah...semoga Allah terima segala amal ibadat kita hari ini...meneruskan misi dgn gambar lama...stun goreng tepung ni pun buat dlm minggu yg sama lepas kejadian yg memula hritu...saja xupdate trus sbb bru je buat n3 yg tu...rspi sma je mcm yg haritu...jazakillahukhairan atas rspi yg dikongsi...Inysaa Allah semoga jumpa lagi...terima kasih pada yg sudi singgah dapur yg xseberapa ni dan mohon maaf atas kekurangan yg ada...

rsanya semua suka mkn stun tepung ni kan...kecuali bgi yg xallergic dgn makanan laut...klu mkn kat kedai mesti order stun atau udg tepung kan..

Sotong Goreng Tepung by http://ilhamdapur.blogspot.com/
Bahan-bahan
  • 300 gm sotong
  • 1 cawan tepung gandum 
  • 1 sudu kecil baking powder 
  • 1 biji telur 
  • sedikit garam lada sulah
Cara

1. Potong sotong kecil-kecil, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering. Gaul sotong dgn sedikit garam dan lada sulah. 
2.Pukul telur setakat nak satukan yg kuning dengan yang putih jer. Masukkan sotong ke dalam telur, ketepikan 
3. Gaul tepung dengan baking powder, masukkan sotong yang telah digaul dengan telur dalam tepung, salutkan habis sotong dgn tepung. Kalu nak pedas boleh letak sikit serbuk kari dalam tepung. Goreng biar sedikit perang. Goreng kejap jer dalam 4-5 min kalau tak nanti sotong keras and liat pulak.

semua umat dlm rumah ni sukaa laa..skjap je licin...snak yg enakk...nk buat pun mudah sangat...pastikan stun tu betul-betul kering...baru bila goreng tu garing dan ranggup elok...kat sni stun ni jarang ada kat pasar...stun katak yg besar tu bnyk la...

Thursday, April 23, 2015

Moist Chocolate Cupcakes with Cream & Chocolate Topping

Assalamualaikum w.b.t..La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin'..kembali dgn gambar lama...plannya nk update mlm tdi...tpi kita hanya merancang...cc ni buat msa kat rumah lama lgi utk bagi pada Sheikh yg dtg mengajar tawjid kami...kejadian awal bln 2 hritu...msih bnyk lagi tu pic lama...huhuu...sblum ni buat versi kek sbjik...ada kat sini...gandingan whip cream dan coklat kek memang ckup serasi...walaaa! sedappp sangat...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala khilaf...

atasnya coklat ganache dan taburan coklat hazelnut cincang serta biskut oreo...mewah dgn rsa coklat...buat cc gini senang skit nk mkn...xyah kena potong dh...keknya ckup moist...

Moist Chocolate Cupcakes with Cream & Chocolate Topping by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 cawan allpurpose flour @ tepung gandum berkualiti
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 90g serbuk koko
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda baikarbonat
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/4 cawan coklat chip, gaul dgn 1 sudu kecil tepung
  • 1 biji telur 
  • 1/2 cawan minyak sayur
  • 1/2 cawan air mendidih
  • 1/2 cawan susu segar
  • cawan kertas secukupnya
Cara

1. Panaskan oven 170 C, sediakan acuan kertas yang diletak dalam loyang muffin.
2. Satukan semua bahan kering kecuali coklat chip, sebatikan/kacau dengan whisk, kemudian masukkan minyak, air panas dan susu, kacau biar betul-betul sebati.
3.  Masukkan telur, sebatikan dan akhir sekali masukkan coklat chip. 
4. Masukkan 3/4 dalam acuan, bakar selama 18 minit @ bergantung pada oven masing-masing.
5. Bila dah sejuk, sapukan cream keliling atasnya, kemudian pegang bahagian bawah cc dan celup dalam coklat ganache, tabur coklat cincang atau boleh hias ikut citarasa.

Lapisan Cream
  • 150ml whipping cream UHT
  • 3 sudu besar gula kastor
  • 1 sudu kecil jus lemon
  • secubit garam
Cara : Satukan semua bahan dan putar hingga kental

Coklat Ganache
  • 100g coklat masakan
  • 4-5 sudu besar susu segar
Cara : Masukkan coklat dalam mangkuk yang sesuai, panaskan dalam microwave selama 1 minit 20 saat, keluarkan dan kacau sebati. Kemudian masukkan susu segar dan sebatikan, suaikan kepekatannya, boleh tambah susu lagi jika perlu atau boleh guna kaedah double boiler untuk cairkan coklat tu.

Sheikh bgthu kat suami keknya very delicius...Alhamdulillah semua dgn izin driNya jgk...Inysaa Allah pasti akan duk ulang buat lagi pasni...anak dgn babanya pun sukaa sangat...nk buat pun mudah je...bleh dihias ikut citarasa...maz pun main letak je apa stok yg ada...kbetulan coklat anak selalu ada...tabur je la deh...

Tuesday, April 21, 2015

Chocolate Cream Puff with Custard Cream Filling

Assalamualaikum w.b.t..'Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar'..cream puff versi coklat plak...kejadian awal bln hritu...pestime la jgk buat yg coklat ni...sebenarnya lepas kejadian yg memula tu...2x pulak duk buat cream puff ni dlm msa seminggu...kalau dh start buat menda tu..mesti duk ulang dulu 2-3x...biasanya gitu la kat rumah ni...pastu atas permintaan jgk...masih guna rspi yg buat hritu...ada kat sini...cuma tambah serbuk koko skit...terima kasih sekli lagi pada yg sudi singgah blog yg xseberapa ni...semoga ada yg dpt dimanafaat bersama dan mohon dimaafkan segala kekurangan yg ada...

kuih yg senang nk buat dan sedappp...bahan utk buatnya pon simple je...biasanya dh memang ada kat dapur kan...cuma filling cream ni bleh ganti kastard klu xde stok...

Chocolate Cream Puff  with Custard Cream Filling by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 85g tepung gandum berkualiti
  • 1 sudu kecil serbuk koko
  • 2 1/4 sudu kecil baking powder
  • 2 biji telur - suhu bilik
  • 75g mentega tanpa garam (unsalted)
  • 1 sudu kecil gula
  • 188ml air
  • 1/2 sudu kecil essen vanilla
  • sedikit garam - abaikan jika guna mentega biasa
Cara

1. Sebatikan tepung, serbuk koko, baking powder dan secubit garam.
2. Dalam periuk (kalau boleh guna periuk non-stick) satukan air, mentega dan gula, masak hingga mendidih.
3. Masukkan tepung dan kacau dengan senduk kayu sampai jadi doh yang licin dan tidak melekat diperiuk, teruskan kacau dengan api perlahan selama 2-3 minit.
4. Padamkan api, masukkan dalam mangkuk yang sesuai dan sejukkan dulu.
5. Kemudian masukkan vanilla dan telur satu persatu sambil diputar biar sebati.
6. Masukkan nozel besar bentuk bintang dalam paiping bag, masukkan adunan tadi, paip pusing 2x atas loyang yang telah dialas dengan kertas baking, jarakkan 1 inci.
7. Sembur dengan sedikit air dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan dulu selama 10 minit dengan suhu 200 C selama 20-25 minit atau hingga masak/perang.
8. Sejukkan sepenuhnya dan gunting ditengahnya, boleh la diisi dengan filling kastard cream.

Kastard Cream
  • 200ml whipping cream Non Diary - yang dah manis tu 
  • 1 cawan susu segar *
  • 3 sudu besar tepung kastard *
  • 3 sudu besar gula *
  • secubit garam *
Cara 

1. Sebatikan semua bahan bertanda *, kemudian masak atas api sederhana sambil dikacau selalu hingga pekat, sejukkan sepenuhnya.
2. Dalam bekas yang kering, putar whip cream+secubit garam+sedikit vanilla hingga kental,  kemudian masukkan kastard yang dah sejuk tadi dan sebatikan.
3. Masukkan dalam paiping bag dan sedia untuk digunakan.

semua dh suka la plak cream puff ni sbb guna filling cream gini...klu sblum ni berpaksa2 suruh mkn...tpi memang sedappp la guna cream ni...cuma kena duk lam peti la...xmcm yg guna kastard...semuanya terpulang la pada citarasa dan keadaan kan...

Udang Manchurian..Indian Stail

Assalamualaikum w.b.t..'Allahuma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni'..sekli sekala tukar selera cara masak udg...biasanya asik duk buat tomyam atau masak lemak...sbnarnya buat paprik pon dh 2-3x jgk...sebab mudah sangat nk msaknya tu...udang ni ilham dri menu masakkan yg ada kat sni...wpun chinese stail...tpi udang manchurian ni ckup popular dikalangan masyarakat india...selain udg, bleh jgk guna isi ayam...ala2 masak masam manis gitu...sedappp...Alhamdulillah semua dgn izinNya...abangngah la yg suka sangat klu masak manis gini...nk buat pon mudah sangat...Inysaa Allah semoga bersama lagi dan mohon maaf atas kekurangan yg ada...

sedapp makan dgn nasi panas...tpi klu ada plak tomyam atau sup lgik sempurna la pasangannya kan... 

Udang Manchurian Indian Stail by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 10-13 ekor udang saiz sederhana besar 
  • 1/3 cawan allpurpose flour @ tepung gandum
  • 1/4 sudu kecil baking powder
  • 1 biji telur - kocok sikit
  • 1/2 labu bawang besar - cincang
  • 1 ulas bawang putih - cincang
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 biji cili merah
  • sedikit gula/garam jika perlu
Cara

1. Kupas kulit udang, tinggal bahagian ekor je sikit, kemudian belah belakang buang urat hitam dan cuci, tos biar betul-betul kering.
2. Panaskan minyak secukupnya, dalam plastik yang bersih, sebatikan tepung, baking powder dan secubit garam. 
3. Masukkan udang dalam telur dan sebatikan, kemudian amik satu-satu dan masukkan dalam plastik tepung, goncang-goncang plastik biar udang bersalut dengan tepung.
4. Masukkan udang satu-satu dalam minyak panas dan goreng biar sedikit perang dikedua bahagian, angkat dan ketepikan.
5. Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak dan masukkan bawang, tumis sekejap biar bawang layu.
6. Masukkan semua bahan sos, cili merah dan kacau sebati. Masukkan sedikit air dan perasa secukup rasa apa yg kurang.
7. Akhir sekali masukkan udang dan kacau balik sikit biar udang mesra dengan bahan sos, angkat dan tabur sedikit daun bawang, sedia untuk dihidang bersama nasi putih.

stok udng ni kena sentiasa ada...senang time kecemasan...klu nk msak cepat2 tu..udg la kan, sbb rendam skejap je dh lembut...klu ayam atau ikan kena tunggu berjam-jam dlu bru bleh guna...maz xsuka defrost dlm microwave...

Popia Goreng Inti Ayam & Sayur

Assalamualaikum w.b.t..'Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim'..bertemu sekali lagi...rsanya ada la 2-3 thun dh xbuat popia versi goreng...xde terasa nk buat wpun mudah sangtat la kan popia goreng ni...popia basah tu rajin plak...gitu la mood masak ni...ikut hati nk buat apa tu dan semua dgn izin driNya jgk...kat sni punya la mahalnya popia ni...3-4 ketoi dekat 15 henggit...xthu la npe yg jadi mahal tu...kos nk buatnya murah je...mgkin sbb asian food kut...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala khilaf...

sblum ni klu buat popia goreng suka letak udang...kli ni letak isi ayam plak...memang sedapp diganding dgn sayur yg masih ranggup dan sos manis kan...4-5 ketoi pun bleh habis skli mkn...

Popia Goreng Inti Ayam & Sayur by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1/3 cawan isi ayam cincang
  • 1 cawan kobis - hiris nipis
  • 1 batang lobak merah - sagat kasar
  • 1 sudu besar sos tiram
  • kulit popia secukupnya
  • minyak untuk menggoreng
Cara

1. Gaul isi ayam dengan sos tiram dan masak sekejap tanpa minyak, padamkan api.
2. Sebatikan sayuran dan isi ayam tadi. Kalau ada taugeh pun boleh juga, sini taugeh susah.
3. Ambil sehelai kulit popia, letak bahan sayur tadi secukupnya dan gulung biar kemas, buat sampai habis.
4. Panaskan minyak secukupnya dan goreng biar perang/garing dengan api sederhana, angkat dan toskan.
5. Boleh la dihidang bersama sos pilihan. 

buat pun bknnya bnyk, 10 bijik je...ckup la utk mkn 4 beranak...buat sebagai kuih utk berbuka puasa hri isnin minggu lepas...

Sunday, April 19, 2015

Gulai Ketam Tumis Darat

Assalamuaiakum w.b.t..'Hasbunallah wa ni'mal wakil'..apa kbar semua...1st time rsanya msak ketam tumis darat masuk rempah gini...sblum ni pernah buat jgk udg stail tumis ni...mcm bonda masak...tpi xde masuk rempah...amik idea dri tumis darat ikan masin yg buat haritu...ada kat sini...cuma ubah bahannya...memang sedappp la...maz sukaa klu msak ada bau mamak skit ni...kihkihh...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas kekurangan yg ada...

Gulai Ketam Tumis Darat by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 3 ekor ketam - kerat 2
  • 2 cawan santan
  • 3 sudu besar serbuk kari
  • 4-5 ulas bawang merah *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1 inci lengkuas *
  • 1 inci kunyit hidup *
  • 1/2 inci halia *
  • 1 biji cili hijau
  • 1 keping asam gelugur
  • garam, gula
Rempah Tumis
  • 1 kayu manis
  • 2 bunga lawang
  • 2 bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
Cara

1. Kisar lumat bahan bertanda *.
2. Dalam periuk satukan bahan kisar bersama 1 cawan air, asam gelugur dan serbuk kari, masak hingga mendidih.
3. Kemudian masukkan santan, cili hijau dan masak biar mendidh, masukkan ketam dan perasa secukup rasa, masak sambil dibalikkan ketam sekali sekala.
4. Sementara tu dalam kuali panaskan 1 sudu besar minyak dan tumis sekejap rempah tumis biar wangi, kemudian masukkan dalam ketam tadi.

semerbak satu rumah aroma rempah tumis tu...mkn nasi bertambah2...Inysaa Allah nti nk try dgn udang plak...

Saturday, April 18, 2015

Strawberry Smoothie

Assalamualaikum w.b.t..'La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin'..selamat berhujung minggu buat semua...klu wken tu suka sangat tukang masak ni, dpt la jln cuci mata sambil amik angin luar...klu hri biasa tu duk rumah je la...kat sni xberani nk kluar sedrik mcm kat tempat kita...wpun selamat tpi rsa xyakin jln sorang...ye la tempat org kan...kena ada suami jgk...Inysaa Allah semoga bersama lgi dan mohon maaf atas kekurangan yg ada...

abangngah dgn afiq minum la plak bila buat jus ni...klu mkn gitu je xnak...yg letak atas kek atau puding pun ditolaknya ketepi...

Strawberry Smoothie by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 paket strawberi segar
  • susu segar secukupnya
  • gula secukup rasa
  • sedikit air sejuk peti @ ais
  • secubit garam
Cara : Masukkan semua bahan dalam pengisar jus (agak-agak la ye susu, gula tu biar sesuai dengan buah, masuk air sikit tu tak nak rasa susu sangat), kisar lumat dan suaikan rasa manis secukup rasa, sedia untuk dinikmati.

Friday, April 17, 2015

Banana Pudding

Assalamualaikum w.b.t..'Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar'..brtemu sekali lagi dipagi jumaat yg barakah...semoga dipermudahkan urusan kita hari ini yg membawa kebaikan dan diampun dosa-dosa insan yg kita sayangi...Inysaa Allah...padaNya jgk dipanjatkan doa semoga saudara muslim sunnil di Yemen sentiasa dlm rahmatNya...sedih tgk lepas satu2 negara islam bergolak...kerap plak kebelakangan ni duk buat puding...sebnarnya kes nk perabis whip cream 1 kotak besar hritu...jdi tu yg duk buat dessert mudah dan yummyy ni...sedappp la plak mkn krim bersama pisang dan biskut hancur...ada 2 jenis lgi tu yg duk menunggu...dh hbis la creamnya...Inysaa Allah semoga bersama lagi dan mohon maaf atas kekurangan yg ada...

Banana Pudding by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 2-3 biji pisang montel/emas/berangan - hiris 
  • 6-8 keping biskut digestive @ secukupnya - hancurkan
  • 150ml whipping cream Non Diary - yg dah manis tu
  • 1/2 cawan susu segar *
  • 1 1/2 sudu besar tepung kastard *
  • 2 sudu besar gula *
  • 1/4 sudu kecil essen pisang - maz guna star brand yg warna oren tu, wangi essen pisangnya *
  • sedikit garam *
Cara

1. Satukan bahan bertanda *, masak atas api sederhana sambil dikacau selalu hingga sedikit berkrim, sejukkan.
2. Putar whip cream+sedikit essen vanilla hingga kental, kemudian masukkan kastard dan sebatikan.
3. Dalam gelas yang sesuai masukkan sedikit biskut, kemudian susun pisang kelilingnya dan tuang bancuhan cream tadi secukupnya.
5. Sejukkan dulu dalam peti 2-3 jam dan boleh la dihias ikut citarasa sebelum menghidang.

dessert ringkas yg mudah dan sedappp...essen pisang tu jgn tinggal ye...maz rekmen guna yg star brand...memang best sangat essennya...klu buat kek pisang pun maz letak jgk skit essen ni...sukaa sangat dgn aromanya tu...memang wangi sangat bau pisangnya...cream tu sbnarnya wrna kuning cerah...xthu la amik gmbar mcmna jdi wrna cerah gitu plak...mgkin xckup cahaya kut...

Thursday, April 16, 2015

Oven Baked Potato Wedges

Assalamualaikum w.b.t..'Allahuma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni'..bertemu skeli lagi...sekejap je masa berlalu kan...dh jumpa khamis lagik...esk wken plak...lewat plak updated blog mlm ni...jom cuci mata dgn snak yg sedapp..mudah dan berkhsiat ni...wedges versi masuk oben...sukaa dgn aroma rempah dan rsa garlic tu...mcm mkn kat kedai plak...sebenarnya wedges ni pun cuba tiru yg mkn kat Fuddrockers hritu...order 2/3 pound beef  burger...pastu ada plak side dish wedges sebeban...jenuh nk perabis...Inysaa Allah semoga bersama lagi dan harap dimaafkan kekurangan yg ada...

masakk dahh...nak buat pun simple sangat...letak je dlm oven...laju je semua mkn...buat utk alas perut belah ptg...nk cari goreng pisang xde jual...

Oven Baked Potato Wedges by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 3 biji ubi kentang saiz sederhana
  • 1 ulas bawang putih - tumbuk lumat
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 1/2 sudu kecil cayyene pepper *
  • 1/4 sudu kecil paprika *
  • 1 sudu kecil serbuk kari *
  • sedikit garam/serbuk pati ayam
  • sedikit daun parsley kering - ada jual kat pasaraya
Cara

1. Panaskan oven suhu 230 C, sediakan loyang yang disapu dengan sedikit minyak zaitun. 
2. Cuci ubi kentang dan lap biar kering, kemudian potong saiz wedges (jangan tebal sangat, maz potong 8-10 keping sebiji).
3. Gaul wedges dengan 1 sudu besar minyak zaitun, daun parsli, bawang putih dan sedikit garam/serbuk pati ayam.
4. Susun dalam loyang dan bakar selama 15 minit, kemudian sebatikan bahan yang bertanda *, keluarkan wedges dari oven dan gaul dengan bahan * , gaul tu guna sudu la ye, panas . Masuk balik dalam oven dan bakar lagi selama 8-10 minit atau hingga garing (masa proses ni balikkan wedges supaya garing dikedua bahagian). Jarakkan biar ada sedikit ruang masa bakar tu, jangan letak penuh atau bertindih, nanti tak masak dengan elok.
5. Boleh la dihidang dengan sos pilihan.

kat sni klu fastfood mcm2 stail ada, bnyk pilihan...maz suka klu burger american stail...guna daging segar dan dimasak bila kita order...bleh pilih nak daging saiz mana...dikira ikut pound...tpi kena menunggu lama la skit nk msak tu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...