Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, July 19, 2012

Talam Tokyo

Assalamualaikum..bersua kembali smoga sihat dan gembira bersama keluarga semua..dah ada yg duk pkir2 nk msk apa utk sahur malam esk ye..biasanya memula puasa tu ok lagi kan..bila dh dkat nk hjung2 tu mcm xde idea dah..boleh pening jgk kan..semoga kita semua dipanjangkan usia agar dpt bersama Ramadhan kali ini..InsyaAllah..talam tokyo..xthu la mcmana kuih ni dpt nama..rsanya org jepun xkenal pun kuih ni..tpi tokyo plak yg dpt nama ye..kuih talam ni rsanya agak unik skit sbb lapisan bawahnya tu biji sagu dan campuran kelapa parut bersama sedikit su'un..tapi sedappp..mcm sbiasa la buat utk mkn bersama kakak2..

 msih lagi guna rspi yang pernah buat dlu..klu nk tgk ada kat sini..

Talam Tokyo by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

Lapisan Bawah

  • 30g suu'un - rendam selama 10-13 minit - gunting kecik-kecik
  • 125g sagu kecil - cuci dan rendam 10-13 minit dan toskan
  • 50g kelapa parut -amik yang putih je
  • 1 sudu kecil garam
  • 200ml santan

Cara-cara

1. Satukan semua bahan-bahan dan kukus selama 15 minit,bila dah masak tekan-tekan sikit dengan sudu (pastikan tutup pengukus ditutup dengan kain/towel)

Lapisan Atas

  • 150g gula pasir
  • 50g tepung kastard
  • 400ml santan
  • 1 biji telur (gred A)
  • 1/8 sudu kecil air abu
  • 1/4 sudu kecil garam
  • sedikit pewarna hijau
  • sedkit paste pandan 

Cara-cara

1. Satukan semua bahan-bahan kecuali gula. Kacau sebati dan tapiskan dalam periuk

2.Masukkan gula dan masak atas api sehingga naik wap (jadi pekat sikit macam susu pekat gitu)

3. Tuang ke atas lapisan sagu tadi dan kukus lagi selama 30 minit. Siap dan buka tutup pengukus dan sejukkan dulu sebelum dipotong.

bln puasa klu mls nk buat kuih2 ni xrisau la kan..bleh main tunjuk2 je kat bazar ramadhan..mcm2 yg ada..yg xprah mkn pun adaa..semoga tidak ada pembaziran dlm kita berbelanja..

Monday, July 16, 2012

Lapis Roti Berdaging

Assalamualaikum..Lapis Roti Berdaging..pestime cuba rspi ni..memang sedapp..buat utk bawa ke kelas..tpi yg dlm ramekin 2 bjik ni utk anak2 kat rumah..rspi dri Myresipi..nk buat pun skjap je..xpyah duk kat dpur lama-lama org kata..klu buat utk mkn ptg tu bleh kenyang smpai ke mlm ni..buat utk juadah berbuka pun bleh kan...

ni yg bwa ke kelas..semua kakak2 ckp sdppp sngatt..maz jgk pnjangkan rspi ni.. mksih Kak Umi-e..

Roti Lapis Berdaging by ilhamdapur.blogspot.com
Resipi : Myresipi (Kak Umi-e)
Bahan-bahan

  • 3 biji kentang di potong dadu
  • 500gm daging cincang
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 3 sudu makan minyak untuk menumis
  • 12-14 keping roti
  • 500ml susu segar
  • 3 biji telor
  • secubit garam
  • Parutan cheese (banyak ikut suka)
  • Sedikit margerin untuk melenser
  • sedikit cili merah, dry oregano dan daun sup (utk tabur) - ni maz tambah         


Cara-cara

  1. Blend bawang+bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam
  2. Satukan Susu+telor+secubit garam
  3. Pukul susu+telor+garam hingga sebati
  4. Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi
  5. Ramas-ramaskan kesemua roti tadi
  6. Lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas
  7. Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti
  8. Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
  9. Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)
  10. Bakar dengan api sederhana selama 30-45mins atau sampai lidi tak lekat
  11. Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka
  12. Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos.
sdpp mkn time pnas2..menu yg simple tpi ckup mewah rsanya..

Friday, July 13, 2012

Onde-Onde Labu

Assalamualaikum..brtemu skli lgi..hri ni pun agak sibuk jgk..ptg nati nk ke Bangi plak..onde-onde labu atau buah melaka ni juadah berbuka ptg khmis yg lepas..sbnarnya xplan langsung nk buat onde-onde ni..asalnya buat koci labu..pastu ada lebih doh koci tu simpan la dlm peti..esk fkir2 nk buat apa dgn doh ni..nk buang sayang..lalu diproses jdi onde-onde ni la plak..tpi nasib koci labu jgk yg malang..anak dh terdelete gmbarnya dri kamera..dia ingat dh transfer..huhuu..suasana Ramadhan dah mula trasa ye..bahang raya pun dh smpai..klu p pasaraya tu dh penuh dgn ketupat dan sbgainya..cpat snguh msa berlalu..nk jmpa Ramadhan lgi..smga kita smua dikurniakan kesihatan yg baik dan dipanjangkan umur agar dpt mengerjakan ibadat puasa tahun ni dengan sempurna..Insyaallah..dan terima kasih jgk pda pengunjung yg masih setia dan sudi singgah ke ilham dapur ni..setiap kunjungan amat maz hargai...

xsangka anak2 pun suka la plak onde-onde labu ni..

Onde-Onde Labu by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

  • 300g labu kuning
  • tepung pulut secukupnya
  • nisen/gula melaka secukupnya - dipotong kecil
  • kelapa parut secukupnya - gaul dengan garam secukup rasa
  • 3 helai daun pandan - dicarik dan simpulkan

Cara

1. Kupas kulit labu dan rebus dengan sedikit garam sehingga lembut, kemudian keluarkan air rebusan dan lecek lumat. Sejukkan dulu.

2. Bila labu dah sejuk, dalam periuk didihkan air bersama daun pandan.

3. Dalam bekas yang sesuai satukan labu dan tepung pulut (tepung ni masukkan sikit-sikit) dan uli hingga jadi doh yang lembut dan tidak melekat ditangan.

4. Amik doh dan leperkan kemudian letak 1 potong nisen/gula melaka dan tutup kemas. Masukkan dalam air yang telah mendidih dan tunggu hingga bebola tadi timbul. Kemudian boleh la diangkat dan masukkan dalam kelapa tadi. Golek-golek agar kelapa bersalut seluruhnya. Buat sampai habis. Siap...

bgi maz lgi sedap dan lebih lembut dri onde-onde biasa yg hanya guna tepung pulut je..

Monday, July 9, 2012

Lala Masak Lemak Serai

Assalamulaikum..apa kbar semua..brtemu skli lgi dipgi isnin yg mendung je hri ni..plan tu nk buat operasi mendobi cadar anak2..tpi tgk xpanas la plak..ok la stelah skian lama xde mnu lauk kat dpur ni akhirnya hri ni muncul la jgk..mengigau ke tetiba je kluar mnu lauk ni..sbnarnya xde publish lauk2 tu sbbnya xde yg lain dri biasa..klu sblum2 ni asik msk kicap je..kmera pun dah xsngup nk tgk asik ayam itam jee..lala ni kira menu baru la sbbnya anak2 da reti mkn msak stail kmpung mcm ni..bleh la tkar slera skit...

masak lemak lala ni lebih kurang sama je dgn gulai darat yg pernah buat sblum ni dri segi bhn2nya..cuma yg ni main lebur je dlm periuk..xpyah tumis dlu..maz suka msak lgu ni..sdpp ada rsa serai dan lengkuas..biasanya gulai mcm ni msak udang la atau pun sayur nangka muda..klu yg stail tumis tu ada kat sini..

Lala Masak Lemak Serai by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

  • 500g lala - cuci satu persatu (utk pastikan xde yg ada pasir dlmnya)
  • 3 cawan santan
  • 1-2 sudu besar cili kisar - rebus cili kering dan kisar
  • 1 sudu besar serbuk kari ayam
  • 1 batang serai - diketuk
  • 1 inci lengkuas - diketuk
  • 4 ulas bawang merah
  • 1 labu kecil bawang besar - hiris nipis
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 biji cili merah - dipotong serong
  • 1 biji cili hijau - potong serong
  • 1/2 keping asam keping
  • sedikit serbuk kunyit
  • sedikit garam, gula dan aji (jika suka)

Cara

1. Tumbuk lumat bawang merah dan kunyit hidup. Dalam periuk masukkan semua bahan kecuali lala dan cili potong. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih.

2. Bila dah mendidih masukkan lala dan cili. Perasakan secukup rasa dan masak sehingga lala masak (dlm 5 minit). Siap

msk mcm ni bahayaaa la..hbis diettt..huhuu..apa lagi mngadap nasi jgk laa..

Wednesday, July 4, 2012

Pisang Panggang Ratu

Assalamualaikum..pgi ni menguji kesabaran sungguhh la..smjak kelmarin lgi..apa masalahnya xthu la dgn tnet ni..nk kata xbayar..dah bayar 2 hri lepas..nk buat bw pun sangkutt..asik kluar internet explorer cannot display the webpager..jenuh jgk la jari ni duk tekannn..sabar je la..memang hangin jgk la pepgi ni..ok la smbung crita psal n3 hri ni je la..nama bukan main lagii glamour ye..tpi cuma pisang yg digolek-golek dlm kuali je..msuk dpur pun xsmpai 15 minit dh siapp..asik duk pilih masak yg senang-senang je..boleh ke mcm tu ye..hehee..nk msk yg lebih2 skit xbrapa nk rjin mana..jdi ni la seadanya..pisang panggang ni idea dri Creamy Banana Split yg prnah buat sblum ni..nk buat banana split ais krim plak xde dlm pti..jdi ni la yg trhasil utk layan selera berbuka disuatu petang tu..apa stok yg ada kat dpur..lalu terhasil la pisang panggang versi ni plak..nama tu main letak je la..ratu tu sbb ada ceri merah sbjikk kononnya ala2 ratu gitu..anak2 pun memang suka pisang panggang mcm ni..tambah plak dimkn dgn susu cairr..sedapp..lemak2 manis dgn crunchy almond panggangnya..nk2 klu mkn yg bru kluar dri pti..

 ni anak punye...xnak letak buah..mkn pisang dgn susu cair je..

Pisang Panggang Ratu by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

  • 6 biji pisang berangan yang masih hijau sikit kulitnya - tak masak sangat
  • susu cair secukupnya
  • kepingan badam secukupnya - dipanggang sekejap dlm kuali tanpa minyak
  • sedikit mentega
  • sedikit madu
  • sedikit serbuk kayu manis
  • sedikit buahan - jika suka

Cara

1. Panaskan kuali non stick, masukkan 1-2 sudu besar mentega. Bila mentega dah cair masukkan pisang dan masak sehingga perang. Balik-balikkan agar pisang dipanggang sepenuhnya.

2. Dalam pinggan atau bekas yang sesuai, susun dua biji pisang. Kemudian sapukan pisang tadi dengan sedikit madu. Tuang susu cair secukupnya dan taburkan sedikit serbuk kayu manis.

3. Akhir sekali letak kepingan badam secukupnya, sedikit buahan jika suka dan boleh la dihias ikut citarasa.

4. Sedia untuk dihidangkan. Lagi sedap kalau susu cair tu disejukkan dulu dalam peti (maz tak letak gula dah dlm susu cair tu, cukup dengan manis pisang dan madu, kalau suka manis boleh tambah gula sikit dlm susu tu).

time nk mkn ni sja letak buah lebih skit..lgi sdppp dan berkhsiat..blackberri sbjik pun nk tumpang jgk ke..takpe la buat ubat org kata..hehee...

klu ada yg brkenan dgn pisang panggang ringkas ni kena la ke kebun dlu cri pisang ye..yg ni dh licinn.. Kak Ummi klu dtg rmah nti maz buat pisang panggang ni plak ye..muahhh..bleh jgk hidang dessert ni time ada tetamu specil..

Monday, July 2, 2012

Kuih Kaswi

Assalamualaikum..antra kuih pebret..kaswi ni kuih yg tak jemu dimkn..mkn slalu pun takpe..sbnarnya dh 6-7x buat kuih kaswi ni..tpi mcm biasa la kadang2 mood nk snap gmbar tu xdtg..ni yg kli kebrapa pun xingat dh..mksih K1 kongsi rspi yg mudah dan enak ni..maz jgk ada buat utk bwa ke jamuan surau...

maz suke klu kuih yg senang2 mcm ni..xpyah susah2 nk ramas santan..bncuh je pastu bleh kukus dh..dlm 1 jam dh bleh mkn..rspi K1 ni lepas msk dlm 1/2 jam dh bleh ptong..xlembik..elok je..

Resipi : K1 Citarasawan
Bahan-bahan

Bahan A

  • 1 1/2 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • (jadikan 2 cawan air gula)

Bahan B

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 3 cawan air
  • 2 sudu besar air kapur
  • 1/2 sudu kecil garam - maz tambah
  • 1 sudu kecil nescafe - maz tambah

Bahan C

  • Kelapa parut secukupnya digaul dengan sedikit garam

Cara

1. Loyang 9" atau acuan lompang yang disapu dengan sedikit minyak.

2. Satukan bahan A, masak dia ats api sederhana hingga larut. Ketepikan

3. Sebatikan bahan B, kacau rata dengan whisk.

4. Satukan bahan A dan bahan B, kacau sebati dan tapis. Tuang dalam loyang. Tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 1/2 jam. Biarkan sejuk baru dipotong dan dihidang bersama kelapa parut.

kenyal2 gituw bila dikunyah..sedap sngat bila digolek dgn kelapa..3 ketoi ni sja buat mcm ni sbb nk posingg..hehee..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...