Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, May 12, 2010

Lychee Smoothie

sejukkan tekak dgn minuman yg sdppppp ni...kbtulan ada beli buah laici fresh kat psr mlm...anak2 kita smua xmkn laici mcm ni...yg dlm tin je bru mkn...jdi kita buat la jus ni...rspi dri Love Myresipi...mksih Love...allow me to share rspi kat sni ye..skrang ni dah msim buah-buahan kan..

Sumber Resipi : Love ( Myresipi )
Bahan-bahan ( 2 gelas )
  • 250ml susu segar
  • 15 biji buah laici dalam tin @ yang fresh - kita guna laici fresh
  • 100ml susu cair
  • 1.5 sb susu pekat
  • 200ml air laici dlm tin
  • ketulan ais secukupnya

Cara-cara

1.Masukkan semua bahan kedlm blender. Blend hingga halus.
2.Tuang ke dlm gelas dan tambah ketulan ais. Sedia diminum!
3.Bagi yang nak smoothie kurang manis, boleh kurangkan susu pekat. ;)
Selamat mencuba!

Sup Ayam Special

lauk anak2 mgu lepas lgi ni..cara pnyedian yg buat sup ni istemewa...rspi dari Tulip Myresipi...dah bnyk kli jgk buat rspi ni...sdpppp..mksih Tulip...mtak ijin nak share rspi kat sni ye...


Sumber Resipi : Tulip ( Myresipi )
Bahan-bahan ( 8org )

  • 1 ekor ayam potong 16 - kita buat 1/2 je
  • 1 labu bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • sebatang kulit kayu manis
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 iji buah pelaga
  • 2 bj kentang
  • 1 btg lobak
  • 1 mangkuk air panas br masak
  • lada sulah, garam, ajinomoto dan stok ayam
  • sedikit daun sup, daun bawang & bawang goreng

Cara-cara

1.Rempah2 direndam dalam air panas menggelegak,biarkan hingga air tersebut suam & toskan rempah2 tersebut. Air rendaman turut disimpan.

2.Bwg merah & bwg putih dikisar halus. Halia ditumbuk sedikit jgn sampai lumat. Lobak dipotong bulat2 anggaran 1.5cm & kentang dipotong 6

3.Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan halia & rempah2yang telah direndam. Tumis sebentar.

4.Masukkan ayam dan gaulkan supaya bercampur dengan rempah yg ditumis. Biarkan selama 10minit

5.Masukkan air rendaman rempah tadi beserta 1 mangkuk air lagi. Jika mahukan kuah sup lebih boleh tambah lagi semangkuk air.

6.Biar sup menggelegak,masukkan kentang dan lobak. Bila ayam dah empuk masukkan stok ayam, garam, aji & lada sulah. Adjust mengikut selera anda

7.Dah siap tutup api. Masukkan daun bawang,daun sup & bawang goreng, tutup rapat periuk selama 20minit supaya baunya meresap ke dalam sup. Sedia untuk dihidang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...