Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, August 17, 2010

Sambal Bilis Kering wif Terung Pipit

Assalamualaikum..ni mnu brbuka hri isnin rasanya..bln2 pose ni bilis..tlur dan srdin memang laku la kan..hehe..msa p psraya kat umah tu..npak le trung pipit ni..tetiba je plan nk mkn nsi..kita celur cicah nga budu spruh..pastu greng buat smbal kring dgn blis ni skit..jdi la kan..layan slera pose2 ni...

Sumber Resipi : Ilham Dapur.blogspot
Bahan-bahan
  • 2 gengam ikan bilis - digoreng dulu
  • 3 ulas bawang merah
  • 6-8 bji cili padi (merah & hijau)
  • 1/2 labu bawang besar - hiris nipis-nipis
  • segemgam terung pipit
  • belacan sebesar hujung jari
  • secubit gula

Cara-cara

1. Bawang, cili dan belacan ditumbuk kasar.

2. Dengan menggunakan minyak yang lebih goreng bilis tadi (dalam 4-5 sudu besar). Masukkan bahan yang ditumbuk tadi dan terung pipit. Masak sehingga sedikit garing dan terung mengecut.

3. Kemudian masakkan ikan bilis yang telah digoreng tadi, bawang besar dan secubit gula. Kacau sekata. Padamkan api. Siapppp...

Friday, August 13, 2010

Kari Kepala Ikan Merah

Assalamualaikum...ni le lauk yg digndingkan dgn udg tpung brempah utk brbuka hri prtama ramadhan kita..memang mnu kdai mamak snguh..kbetulan dpt kpala ikan ni msa p psaraya kat umah..jdi trus plan nk msk kari..mkn ramai2 memang best la kan..smlm brbuka bli je..kita bli nsi krabu sbgkus..mkn 3 orang!! anak dara kita..adik bonsu kita dan kita..tu pun xhbis jgk tau..caya tak??? tak hbis!! kita cma mkn 3 sdu je..pastu duk mkn fresh kurma brbelas2 biji..kita memang suke sngat kurma fresh tu..msa kat bahrain dlu klu stngh kilo tu skli mkn je..dahsyatkan..hehe..alisa nga adik kita pun jnis xkuat mkn..minum je yg lebih..aiman plak kita bli brger kfc..saiz kpala ikan ni memang bsar..smpai xmuat priuk kita..jdi kita msk dlm kuali..lgi sonang keje..

tu diaaa..nga gigi2 skli nk entperim..trsengeh ke tengangga tu..takpe2 kita dan gosok giginya ni...haha..

Sumber Resipi : Ilham Dapur.blogspot
Bahan-bahan

  • 1 ketul kepala ikan merah @ ikan yang sesuai
  • 3 -4 cawan santan
  • 2 sudu besar serbuk kari ikan - bancuh dengan sedikit air
  • 2 ulas bawang merah & 1 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 sudu kecil halba campur (biji halba & biji sawi yang hitam tu)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 10 batang kacang bendi
  • 1 keping asam keping
  • 1 tangakai daun kari
  • nesan @ gula kabung sebesar ibu jari - maz guna nesan kelatan
  • sedikit garam dan gula
  • minyak masak secukupnya untuk menumis
Cara-cara

1. Kepala ikan dicuci bersih-bersih dan ditoskan

2. Dalam periuk besar (maz guna kuali), panaskan minyak. Masukkan halba campur, goreng sekejap (1-2 min). Kemudian masukkan daun kari, kulit kayu manis, bunga lawang dan bawang yang ditumbuk tadi. Tumis sehingga wangi dan bawang kekuningan. Guna api perlahan

3. Masukkan serbuk kari, kacau sebati dan biar sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan 3-4 sudu besar santan. Kacau lgi sehingga santan pecah minyak.

4. Tuang kesemua santan yang masih masih berbaki, masukkan asam keping, nesan, garam dan gula. Perasakan ikut selera agar rasanya seimbang. Masak sehingga santan mendidih kemudian masukkan kelapa ikan. Tutup periuk (maz guna penutup kukusan) Guna api sederhana.

5. Biar kepala ikan meresap dengan kuah secara perlahan. Kemudian balikkan kepala ikan tadi agar bahagian atas meresap kuah dengan sekata. Masak sekitar 8-10 min. Akhir sekali masukkan kacang bendi. Tutup periuk seketika lagi (4-5 min). Padamkan api. Siap...

Note
: Seeloknya kari dimasak lebih awal sebelum dihidangkan untuk mendapat rasa yang lebih sedap. Contohnya masak sebelah pagi kalau nak mkn tengahari atau malam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...