Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, October 27, 2015

Baked Barbecue Chicken Wings

Assalamualaikum w.b.t..'Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim' (Maha Suci Allah dengan segala puji bagiNya, Maha Suci Allah yang Maha Agung), 2 kalimah yg ringan dilidah, berat ditimbangan Mizan..cuci mata dgn kepak ayam panggang la plak deh, boleh terjdi ayam bbq ni sbb abangngah suka sangat mkn bbq wing kat papa john..jdi dri situ la dtg keinginan utk buat BBQ ni, rupenya mudah sangat nk buatnya..cuma yg kat papa john tu ayamnya dibakar guna arang, ni main sumbat dlm oben je! wpun xsama 100% dgn yg kat papa john, utk mkn anak2 tu bleh la kan..mkn sampai menjilat jari jgk, anak dgn suami kata dh sedap ni..terima kasih pada yg sudi singgah dapur kecik ni, harap dpt dimaafkan setiap yg tidak sempurna..Inysaa Allah semoga jumpa lgi..

BAKED BARBECUE CHICKEN WINGS by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1/2 kg kepak ayam saiz kecil, kerat 2 & buang bahagian hujung - toskan 
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1-2 sudu besar sos tiram
  • 1/4 cawan gula perang
  • 1/2 sudu kecil cuka epal
  • 1/4 sudu kecil serbuk jintan manis (cumin)
  • 3-4 titik kicap manis - nak bagi warna jadi gelap sikit
Cara

1. Untuk buat sos barbecue, satukan semua bahan diatas kecuali kepak ayam dan masak dengan api perlahan biar berbuih sikit dan gula larut, suaikan rasa biar ada rasa manis yang cukup dan masin dari sos tiram, sos ni boleh buat awal.
2. Panaskan oven suhu 180 C, sediakan loyang yang telah dilapik dengan aluminum foil dan letak redai besi atas loyang, lumur ayam dengan sedikit garam dan susun ayam redai, guna redai besi ni agar bila masak ayam tak bertakung dalam airnya yang keluar, tapi kalau tak nak guna redai pun boleh.
3. Bakar selama 15-17 minit atau hingga masak sikit kemudian balikkan dan bakar lagi selama 13-15 minit atau hingga masak, jangan terlebih bakar nanti isinya jadi keras. 
4. Bila dah masak, masukkan dalam mangkuk besar dan gaul dengan sos bbq tadi, sedia untuk dinikmati.

klu ada family gathering bleh jgk buat chicken wing gini utk budak2 kan..lagi sedapp sos bbq yg buat sdrik ni dri beli yg dlm botol, lebih terasa manisnya..nak buat pun mudah sangat..tapi klu kat msia boleh beli yg jenama life BBQ sos yg ada tulis smoke tu, sedapp sosnya..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...