Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, September 30, 2010

Daging Masak Bersos GP

Assalamualaikum..lgi mnu kita yg trtunggak..dging ni pun dah lama msknya..umah kita slalunya klu dging ni asik msk kcap je..tu yg anak2 ske..tpi kli ni saja kita ubah skit..bkn apa kdang2 tu kita sdri pun naik bring asik kcap..kcap..kcap!! hehe..tpi yg ni pun tetap kna msuk kcap jgk..bru anak2 mkn..rspi simple je cma kita msukkan kcang peas..janji kna dgn slera kan..tetap sdpp..

klu mkn nga nsi tomato pun bleh..yum..yum..

Sumber Resipi : Ilham Dapur.blogspot
Bahan-bahan (resipi anggaran)
  • 400g daging dihiris nipis (maz guna daging biasa jadi kena rebus dulu)
  • 1 labu bawang besar saiz kecil *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 3 ulas bawang merah *
  • 1/2 inci halia *
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 biji cili merah - dihiris nipis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1/2 - 1 sudu kecil kicap manis
  • 1-2 sudu besar sos cili/tomato
  • kacang peas secukupnya
  • sedikit serbuk pati ayam dan gula
  • daun bawang/daun sup dan bawang besar - untuk hiasan
  • beberapa titik sirap ros
  • minyak masak secukupnya
Cara-cara

1. Dalam periuk (maz guna periuk tekanan @ presure cooker) masukkan daging dan beberapa titik sirap ros (tujuannya nak bagi warna daging sedikit kemerahan) dan rebus sehingga empuk (kalau guna daging batang pinang daging tak perlu direbus sebab dagingnya sudah lembut. Angkat dan toskan (simpan air rebusan)

2. Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda.

3. Panaskan minyak dan goreng seketika daging agar sedikit garing. Angkat kan ketepikan

4. Dengan menggunakan minyak yang sama tumis bahan-bahan kisar, bunga lawang dan kulit kayu manis hingga wangi. Kemudian masukkan semua jenis sos, sedikit kicap manis. Kacau sekata.

5. Masukkan daging dan sedikit air rebusan agar tidak terlalu kering dan masak sehingga sebati buat seketika.
6. Kemudian masukkan kacang peas, cili merah, bawang besar yang dibelah 6 dan daun bawang yang dipotong panjang-panjang. Perasakan seenak rasa dengan sedikit serbuk pati ayam, gula dan garam (jika perlu). Balik-balikan

7. Angkat dan boleh la ditabur dengan daun bawang/daun sup. Siap..

Moist Orange Coklat Kek

Assalamualaikum..msih lgi dgn crte msk2 yg kita buat dlm bln pse aritu..tpi kek ni kita buat bkn utk mkn sdri..saja buat nk bgi pda sdara yg dtg umah hri sabtu msa mngu kedua ramadhan tu sbgai buah tngan bwa blik..msih lgi gna rspi mcm yg duk buat sblum2 ni..kita ske rspi ni sbb moist dan sdppp..cma kli ni tkar nama dlm bhsa omptih je..hehe..takpe la ye..sma je mksudnya..kli ni pun kita tmbah 2 sdu bsar sunquick orange..sma mcm buat utk Chef Hanieliza @ Kak Liza hri tu..sdppp!! diakui sdri oleh Kak Liza..bleh tgk kat SINI ye..mksih skli lgi Kak Zaiima ye.. ok ni auto pblish ye..hri ni kita sbuk sngat..ada TETAMU ISTEMEWA nk mai umah..nti kita update crtenya ye..insyaallah smga jmpa lgi..mksih skli lgi pda yg sdi sngah dpur kita ni..maap jgk mna yg kita lum brksmpatan buat knjungan bls lgi tu ye..

maap la ye sbb buat nk bgi kat sdara..jdi xde le pic kek yg diptong..tpi bleh tgk n3 sblum ni..memang sdpppp..ada plak unsur2 orange tu..nk deko lebih2 xreti..jdi ku susun je ler cik stobri utk nk cover tping cklat ku yg xlicin mcm org lain buat..hehe..rspi kat bwah ni rspi yg kita dh buat stail kita..rspi asal bleh tgk kat SINI ye..

Moist Orange Coklat Kek
Bahan-bahan
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp soda bicarbonate
  • 3 biji telur saiz A
  • 2 sudu besar sunquick orange

Cara

1. Panaskan oven 150 C. Sediakan loyang bulat atau 4 segi 10x10 inci.

2.Campur koko, gula, susu cair, susu manis dan minyak ke dalam periuk dan masak sebentar atas api kecil cukup sekadar semuanya sebati.

3.Tepung, soda bikarbonat dan baking powder di ayak.

4.Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi. Kacau sebati dan masukkan campur tepung serta sunquick. Kacau sebati agar tidak berketul dan tuang dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit butter.

5.Tutup loyang dengan aluminium foil dan bakar selama 1 1/2 jam dengan suhu 150 C atau bergantung pada oven masing-masing secara steam bath ( 1 loyang berisi air panas kemudian baru masukkan loyang kek)

6. Sejukkan dulu kek sebelum disapu dengan toping cokelat.

Topping Coklat

  • 200ml whipping cream
  • 400g coklat masakan

Cara :

1. Panaskan whipping cream secara double boil. Kemudian masukkan coklat masakan dan kacau guna spatula sehingga coklat cair dan sebati.

2. Sejukkan dulu seketika sebelum disapu pada keseluruhan kek.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...