Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, January 18, 2012

Rasberry Frozen Yogurt ala Tutti Frutti

Assalamualaikum..layan dsert lgikk..asik duk wak yg senang2 je ni..akcelikan kita ni bknnya rjin mna nk msk2..tu yg duk buat yg simple2 ajee..adoiii...ok la ni kesinambungan dri Frozen Yogurt Berry yg buat msa kat bahrain aritu..cuma kli ni ada tmbahan skit pda bhn..tpi rasa tetap mantain sedapppp dan lemak brkrim..masam manisnya..walalaa..enak skli..aiman sukaa mkn frozen yogurt ni..klu kat bahrain tu depan umah je kedai yogaberry tu..

tbur je apa buah yg ada kat lam stok..tkpe la sdri nk mkn kan apa2 pun bleh...

Rasberry Frozen Yogurt by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

  • 1 cawan rasberry yogurt
  • 1 cawan whiping cream
  • 1/4 cawan susu cair
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 cawan buah rasberry
  • 5 sudu besar gula halus
  • 1 sudu kecil ovalette
  • 1/8 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil lemon jus
  • buahan secukupnya - ikut citarasa
  • 1-2 titik pewarna merah - jika perlu

Cara

1. Dalam pengisar masukkan buah rasberi, yogurt, gula dan susu cair dan kisar sehingga buah hancur.

2. Dalam bekas yang cukup besar tuang bahan yang dikisar tadi, masukkan whiping cream, garam, susu pekat, ovalette dan lemon jus. Kemudian putar sehingga semuanya sebati dan kembang selama 5-7 minit.

3. Masukkan adunan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk sehingga keras sepenuhnya dalam 7-8 jam atau semalaman.

4. Boleh la dihidangkan bersama buahan pilihan.

ni titti frutti yg ori la..flavor rasberi jgk..smgkuk ni dh brpuluh2 henggit la..tu yg buat sdrikk..hahaa..

memang sedapp la..balen rsa lemak manis yogurt tu nga rsa buahan..xmuakk..ok sngat nga time pnas2 ni..sejukk je tekak..sdpp bila trkunyah biji2 rasberry tu..rasberi ni bila kunyah atau mkn buah tu bru trasa bijinya..klu tgk mcm tu..memang mcm xde bijik..

Tuesday, January 17, 2012

Orange Marble Cheese Bar Cake

Assalamualikum..wpun kat umah ni pminat kek2 ni teramat la kurangnya..tpi skali skala hati ni tringin jgk nk membking..tpi memang betul kan..klu lama xbuat xleh jgkk..nti bleh lupaa..kek ni ilham dri kek Red Velvet Marble Cheese Brownis yg buat dulu..tapi kli ni tukar clor dan buat orange kek..wrnanya menarik jgk dan mewah dgn rasa orange..cuma kli ni buat stlye bar..utk lapisan kek tu kita ejus rspi soft orange delight cake dri buku kek yg ada lam simpnan..kek ni spruh kita bgi pda kwn semasa kelas mengaji pgi khmis lepas...

mcm slalu la..umah ni xleh nk tnggalkan bnyk2..sbbnya dh xde org yg nk hbiskan..sibaik kek ni pun saiznya kecik je..

tksture kek ni memang lembut dan moist..ni pun posing cpat2 sblum kluar umah nk bwa bgi pda kwn yg mengaji sma nga kita kat masjid..

Orange Marble Cheese Bar Cake by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan (loyang 7x7)

Bahan A

  • 40ml sunquick orange
  • 50g mentega - cairkan dan sejukkan sekejap
  • 2 kuning telur saiz A
  • 60g tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1-2 titik pewarna orange

Bahan B

  • 2 putih telur saiz A
  • 40g gula halus
  • 1/8 sudu kecil garam

Bahan C

  • 200g cream cheese suhu bilik
  • 1 biji telur saiz A
  • 50g gula halus
  • 1/2 sudu kecil lemon jus

Cara

1. Panaskan oven 160 C. Alas loyang dengan kertas baking dan biar kertas lebih tinggi dari loyang agar senang nak keluarkan kek nanti. Sediakan air mendidih untuk waterbath.

2. Dalam bekas yang sesuai, satukan semua bahan A dan kacau sebati.

3.Putar bahan B sehingga kental/bertanduk.

4.Masukan bahan no.3 dalam no.2 sikit-sikit dan kaup balik hingga sebati. Ketepikan 2 sudu besar dan masukkan dalam plastik bag, gunting sikit hujungnya untuk buat marble.

5. Tuang dalam loyang dan bakar secara waterbath selama 30-35 minit.

6. Sementara menunggu kek masak. Sediakan lapisan cheese.

7. Putar cream cheese hingga sebati, kemudia masukkan gula, putar lagi. Akhir sekali masukkan lemon jus dan telur dan putar sebati.

8. Tuang terus atas kek yang baru dikeluarkan dari oven. Amik bancuhan kek yang diketepikan tadi dan buat garisan memanjang atas lapisan cheese, kemudian tarik turun guna lidi.

9. Masukkan dalam oven dan bakar lagi secara waterbath selama 30 minit. Sejukkan sepenuhnya dan simpan dalam peti selama 8 jam atau semalaman sebelum dipotong.

jamu mata je la ye..kita sdri pun mkn sptong jee..xgemor sngat kek2 ni..kita suke buah atas kek tu lgi..hahaa..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...