Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, May 10, 2016

Chocolate Chip Cookies & Nutella Ice Cream Cake..Semudah ABC

Assalamualaikum w.b.t
'Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardi wala fis sama' wa huwa sami'un alim' (Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit selagi bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui), sama2 kita amal baca doa ni 3x pagi dan 3x petang, sunnah Rasulullah saw..semoga Allah swt protect us, our families and always keep us safe, Ameen.
beratnya mood nk update blog mlm ni, dh sbln lebih jgk kejdian eskrim kek ni..nk buat kek yg canggih2 xde kerajinan mana, buat kek versi kacau gini je la deh! cepat dan senang, anak2 memang suka eskrim, npak je rmah pakcik Robbins yg pink tu mesti nk msuk..sni baskin robbins bersepah, kat food court pon ada..jdi tu yg rsa nk buat kek eskrim ni, mata pun dh layu..Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf atas apa yg tidak sempurna..

CHOCOLATE CHIP COOKIES & NUTELLA ICE CREAM CAKE by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 bekas aiskrim vanilla
  • biskut coklat chips secukupnya
  • sedikit susu segar
  • sedikit nutella 
  • coklat sirap/coklat chip/coklat cincang
Cara

1. Biar aiskrim kat suhu bilik sekejap agar lembut sikit,  sediakan loyang jenis loose base (loyang cheese kek).
2. Celup biskut sekejap dalam susu segar, susun dalam loyang biar kemas, patah-patah pun takpe.
3. Bila aiskrim dah lembut, masukkan nutella, biskut (celup dulu sekejap dalam susu segar, patahkan), sebatikan.
4. Tuang dalam loyang, tabur biskut yang dihancurkan dan coklat chip, simpan dalam sejuk beku selama 4-5 jam atau hingga sedia untuk dihidang
5. Boleh la hias ikut citarasa, maz tabur juga coklat bulat yang dicincang dan coklat sirap

kononnya nk tiru mcm eskrim pakcik robbins la, tu yg msuk nutella dan biskut coklat chip..pastu tabur je la apa yg ada bgi meriah skit, memang xckup spotong ni..

Ayam Krispy Sos Manis

 Assalamualaikum w.b.t
'Allahumma La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin' (Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim), doa Nabi Yunus as ketika dlm perut ikan, sama2 kita amal baca dikala keresahan atau dlm masalah, semoga Allah SWT always protect us, our loved and keep us safe, Ameen.
sejak kebelakang ni duk update menu yg bleh kira masih panas lagi la, xdan peram smpai berbln2..gambar lelama bnyk lgi dlm folder tu..tkpe la deh yg mna dulu pun, jom layan ayam rangup yg sedap ni! ubah suai skit dri masam manis cara biasa, buat versi krup krap gini plak..meratah pon sedap ni, sosnya berkaramel gituw dan yg penting mudah sangat nk buat..ni kes nk perhbis stok dada ayam, kat rmah ni klu bahagian dada dimsak buat lauk seketol gitu xlaku la plak..bila transform jdi mcm ni bru la mkn berebut2, isi ayam tu hiris nipis..gaul dgn tepung jagung dan goreng, pastu masuk dlm sos manis..kat rmah ni bleh kata 4-5x dlm sminggu mesti ada lauk ayam, tu yg kadang2 fening jgk nk msak apa..terima kasih pada yg sudi singgah dapur kecik ni, semoga ada yg dpt dimanafaat bersama dan mohon maaf atas segala khilaf..Inysaa Allah jumpa lagi..

setelah digaul dgn tepung jagung, biarkan dalam 10 minit agar tepung serap air dari ayam..kemudian gaul skli lagi dgn tepung, pastu ready utk digoreng..klu ada dada ayam dlm peti tu, bleh la try lauk ni..

dh siap goreng tos la dlu..posing la jgk yg bru angkat dri kuali, time rajin nk pegang kamera la ni..

AYAM KRISPY SOS MANIS by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 2 keping dada ayam 
  • 1/2 labu kecil bawang besar *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 mangkuk kecil sos manis thai (thai sweet cili sos) @ apa2 sos pencicah yg manis
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • daun bawang/lobak merah
  • tepung jagung secukupnya + garam sikit
  • minyak untuk menggoreng
Cara

1. Hiris nipis daging ayam, toskan biar kering, tumbuk bahan bertanda * biar hancur sikit, ketepikan, dalam mangkuk sebatikan semua bahan sos, boleh tambah gula jika perlu.
2. Gaul ayam dengan tepung jagung, biarkan dalam 10 minit agar tepung menyerap air dari ayam, kemudian tambah tepung jagung lagi dan pastikan menyaluti ayam sepenuhnya, untuk proses ni, boleh masukkan tepung dalam plastik bersih, masukkan sikit-sikit sekali masuk.
3. Panaskan minyak secukupnya, masukkan ayam dan goreng hingga perang atau garing sambil dikacau agar masak sekata (jangan goreng banyak sekali masuk ye), angkat dan toskan, goreng sampai habis.
4. Dengan kuali lain, panaskan 2 sudu besar minyak, tumis bahan tumbuk biar garing sikit, kemudian masukkan cili kisar dan tumis sekejap.
5. Masukkan sos, masak biar sos berbuih-buih lama sikit, kemudian masukkan ayam, sebatikan, masukkan lobak merah dan daun bawang, padamkan api.

mkn yg ni pon bleh hbis smngkuk, mcm kropok plak rangupnya..sedap! smbil goreng smbil masuk molot..

wpun msuk cili kisar skit, tpi xterasa pun pedasnya..lauk jenis manis gini memang pabret anak2, kena sngat dgn nasi panas..ni pun kejadian sminggu sudah, masak kemain la jgk sbb diet dh karam kelaut..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...