Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Saturday, April 27, 2019

Bomboloni

Assalamualaikum w.b.t
'Allahumma inni as'aluka ‘ilman naafi'an, wa rizqan tayyiban, wa 'amalan mutaqabbalan' (Ya Allah aku memohon kepada Mu ilmu yang bermanafaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima)
 sama2 kita amal baca sebaik bagi salam selepas solat subuh, Sunnah RAsulullah saw..semoga permulaan hri kita diberkati dan Allah swt guid us to what's best and keep us steadfast on His straight path, Ameen.
sbnarnya dh lama duk pendam rasa nk buat donat berfilling ni..sblum yg ni dh ada buat jgk, ni kejadian minggu lepas..pastu bila dh start buat mcm biasa lah pasti akan ulang buat berturut2, gitu lah slalunya tukang masak ni klu time rajin tu dtg..Alhamdulillah bomboloni lembut bab kapas, tpi jujurnya bgi tekak ni lebih suka donat yg kosong tnpa filling..tpi klu yg inti strawberi bleh la jgk, sbb ada rasa masam manis jdi xde la muak..klu mcm nutella tu kurang gemar, anak2 lah yg suka filling coklat gitu kan..akhir kata mohon maaf atas apa yg tidak sempurna dan sampai bersama lgi, Insha Allah..

buat 250g tepung je..tu pon dpt bnyk bijik jgk, sruh stand mixer yg uli..malas nk keluarkan bread maker, utk filling tu bleh letak ikut citarasa..

BOMBOLONI by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 200gm tepung high protein 
  • 50g tepung gandum @ kalau nak guna tepung high protein jgk pon boleh
  • 1 sb susu tepung
  • 1 sk bread improve - optional 
  • 1/2 sb yis kering
  • 1 sk gula
  • 150ml susu segar suam
  • 1 biji telur - kocok sikit dgn garfu
  • 40g mentega suhu bilik - maz guna unsalted
  • 1 sk garam - kurangkan jika guna mentega biasa (salted)
  • inti - maz guna nutella, strawberry compote dan italian meringue buttercream @ ikut citarasa
  • minyak untuk menggoreng secukupnya
  • gula aising secukupnya
Cara

1. Satukan yis, gula bersama susu suam dan biar 5-7 minit.
2. Dalam mangkuk pemutar (guna blade untuk doh), satukan semua bahan kering dan putar sekadar sebati.
3. Masukkan campuran yis sambil terus putar kelajuan rendah, masukkan telur dan putar selama 3-4 minit hingga doh sebati.
4. Masuk garam dan mentega, putar dengan kelajuan rendah dulu, kemudian kelajuan tinggi selama 8-10 minit atau hingga doh nampak berkilat.
6. Rehatkan adunan selama 30 minit (tutup mangkuk dengan plastik wrap dan tuala bersih biar naik 1x ganda).
7. Tumbuk doh sikit buang angin dan bentuk bulat seberat 30g, rehat doh selama 15-20 minit.
8. Panaskan minyak sekadar sedikit hangat, goreng biar sedikit perang di satu bahagian kemudian baru terbalikkan, angkat dan toskan.
9. Biar sejuk sikit, golek dalam gula aising dan buat lubang sikit untuk isi inti (masukkan inti dalam paiping bag dulu).

skrang ni cuaca dh mula panas, bleh la buat kue yg kena proofing ni..letak kat dpur sblah peti sbb suhu bilik masih xckup panas, ishhh! tgk yg ni terasa nk mkn donat la plak..

Friday, April 19, 2019

Pisang Karamel Gula Melaka

Assalamualaikum w.b.t 
Dari Aisyah ra : 'Rasulullah saw tidak pernah meninggalkan solat sunnat Fajr samada semasa di rumah atau ketika bermusafir' "Sabda Rasulullah saw, 2 rakaat sunnat Fajr (sebelum solat subuh) adalah lebih baik dari segala isi dunia, Sahih Muslim", semoga kita istiqomah dan Allah swt bless us, guide us to the right path dan grant us, all our parents ultimately Jannah, Ameen.
ilham dri keria gula melaka..kuih yg viral satu masa dlu, tidak salah mencari kelainan kan..ternyata tidak menghampakan, pasti xckup spingan tu nikmati bersama kopi O..pisang tu maz guna pisang dri india sperti rspi pisang goreng sblum ni, xthu la plak pisang apa..memang sesuai untuk di goreng, cuma utk pisang karamel ni guna pisang yg bru msak..maksudnya jgn yg ranum sbb nk gaul gula melaka plak kan, jdi xde la lembik sngat..Insha Allah bersama lgi dan maaf atas khilaf yg ada..

bgi yg suka mencuba bleh try dgn pisang gula melaka ni, biasanya goreng pisang bercheese kan..

Pisang Karamel Gula Melaka by https://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • pisang baru masak yang sesuai untuk digoreng, belah 2@3 - ni tak tahu nama pisang apa, memang sedap goreng dan buat pengat, pisang dari india, besar buahnya, 2 biji pun dah boleh dapat sepinggan
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/4 cawan tepung gandum 
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/4 sudu kecil garam
  • air sejuk peti secukupnya
  • sedikit pewarna kuning/serbuk kunyit jika perlu
  • minyak untuk mengoreng secukupnya - maz guna minyak sayur
Cara

1. Dalam mangkuk sebatikan bahan kering, masukkan air secukupnya dan pewarna (air tu agak-agak la ye, jangan cair atau pekat sangat, kira letak bila celup pisang).
2. Panaskan minyak untuk menggoreng, masukkan pisang dalam adunan dan goreng hingga perang dan garing dikedua bahagian,  angkat dan toskan.

Karamel
  • 1/2 cawan gula melaka yang diracik 
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 3-4 sudu besar air @ anggaran
Cara

1. Satukan semua bahan, masak sambil dikacau hingga semua larut dan berbuih.
2. Masukkan pisang goreng, kacau balik biar bersalut semua dan kering, padamkan api.

klu ayah mak xgemar pisang goreng cheese, bleh try dgn versi ni..agak kena dan sinonim dgn selera orang tua kita gula melaka ni..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...