Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Friday, February 12, 2010

Chill Strawberry Cheese Cake

kek ni kita buat utk bagi pada jiran (kaksu dan Imah) utk kita cuma amik suku dari kek tu je..tu pun cuma kak long je yg mkn...kita cuma rasa 1 mulut je sbb memang tak minat kek2 ni...orang kampung kan..mana pndai mkn kek sngat...

kbetulan stok cream cheese yg beli kat BYW 1 ketul hri tu ada lagi..jdi baik ditranfomkan cream cheese tu jdi kek sblum cheese tu naik kulat...hihi...rspi kek ni akita amik kat dpur Kak Zai yg memang pakar buat2 kek...mcm2 kek ada kat dpurnya....cuma kita tukar rspi asal ke tu dari Black Forest Cheese Cake jadi strawberi sbb cuma straberi je yg ada dlm stok...mcm base dan toping jgk kita tukar bahan2nya...tak pe Kak Zai kan...mksih kak sdi share rspi yg sdap dan senang ni..mtak izin nk c&p ye kak..

Sumber Resipi : Kak Zai (Teratak Impian)
  • 250 gm biskut mudah hadam - saya guna biskut digestives (kita guna 1/2 cawan tepung gandum)
  • 125 gm mentega tanpa garam (kita guna 3 sudu besar butter)
  • 3 sudu besar gula halus - ni tambah sdri
  • 1 cawan plain cornflaks - kisar halus (ni tambah sdri)
  • 1 sudu teh coklat emulco (xletak)

Bahan-bahan B:

  • 200 ml krim putar(whipping cream)
  • 250gm krim keju
  • 165gm gula (kita buh 145g)
  • 1 sudu besar jus lemon


Bahan-bahan C:
15 gm gelatin halal - campurkan air dgn gelatin atas double boiler dan sejukkan (kita masukkan je gelatin dalam air panas)
100 ml air - dan sejukkan selama 5 minit

Bahan-bahan D:
1 tin pitted black cherries (kita ganti dengan fresh straberi)

Topping:
150 ml jus ceri - saya campur dgn bluebery topping(filing) dan kurangkan jus ceri
1 sudu besar tepung jagung - saya guna 2 sudu teh gelatin + 2 sudu besar air dan diboilkan (kita bland 8-10 biji straberi bersama dgn 1/2 cawan air dan 1 sudu besar gula.Panaskan atas api perlahan dan masukkan sedikit serbuk agar-agar)

Cara:

1.Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk.Sediakan loyang acuan berukuran 8 inci dan masukkan biskut. (kita masukkan semua bahan utk base dalam FP,pastu tekan2 dlm loyang dan bakar skejap dlm 10-13 minit dgn suhu 150 C)

2.Cairkan mentega dan masukkan 1 sudu teh coklat emulco.Kacau rata.

3.Tuangkan mentega bercampur coklat kedlm bekas berisi biskut tadi. Kacau rata.

4.Tekankan adunan ini agar menjadi rata.Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.

5.Pukul krim putar sehingga pekat.Ketepikan.

6.Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon seingga sebati.Setelah itu masukkan gelatin dan gaul lagi sehingga sebati.

7.Kemudian tuangkan bahan ini kedlm bekas yg berisi krim putra tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk.

8.Keluarkan adunan biskut dlm peti ais.Tuangkan 1/3 adunan krim putar keatas adunan biskut.Ratakan dan letakkan buah ceri. Akhir sekali tuangkan adunan sampai habis.
Buat topping dgn mencampurkan jus ceri dan tepung jagung.Masak atas api yg kecil.Apabila telah mendidih,tutup api.

9.Tuangkan jus ceri hingga habis.Atur buah ceri.simpan dlm peti ais selama 3 jam sebelum dihidangkan..(saya cuma masukkan selama 2 jam sahaja kerana kek ni cepat keras)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...