Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, February 16, 2010

Pizza Swirls

kuih ptg smlm...slalunya duk buat pza yg mcm biasa tu je...kli ni ubah stail skit...tapi tetap nama pza jgk....dpt idea nk buat pizza swirls ni sbb tgk kat 1 web recipi tu ada rspi menarik ni...cuma utk filling tu kita tukar dgn apa stok yg ada kat rmah...kbetulan msa duk tgh bakar tu adik kita yg no 3 yg duk putrajaya pun dtg....dpt lah sama2 rasa pza ni...semua sukeeee...sbb sedappp...

utk doh roti yg kita uli tu dpt lah 2 biji pza swirls yg btuknya panjang mcm saiz separuh dari roti john kut...1 kita buh inti sardin dan 1 lagi filling isi ayam...memang kita rekmen lah...memang sedap pza swrils ni...bgi kita sedap lagi dari pza biasa tu...

ni yg inti sardin...mkn pnas2 memang sedappp dgn mozerella cheese di dalamnya dan bau daun oreganonya palk....emmmm!!!...memang bleh hbis 1 biji ni mkn sorang...rspi kat bawah ni yg dlm bhsa omputih tu rspi asalnya dan yg dlm bhasa melayu tu rspi kita sdri yg kita guna buat pizza swrils ni smlm..untuk fillingnya bleh buat ikut citarasa masing-masing...

Sumber Resipi : Ilham Dapur

Doh

  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan air suam
  • 1 1/2 sudu kecil dry yis
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 3 sudu besar minyak zaitun (boleh ganti dgn minyak sayur)
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
Inti (boleh pelbagaikan ikut citarasa)
  • 1 tin kecil sardin ayam brand + 2 sudu besar sosnya - buang tulang dan hancurkan
  • 1 keping isi ayam dari bahagian dada - gaulkan dengan sedikit garam,gula dan black paper
  • 1/2 labu bawang besar - potong kecik-kecik
  • 1 biji capsikum hijau (lada benggala) - potong dadu
  • sos cili/sos tomato secukupnya
  • mozarella cheese secukupnya
  • sedikit daun oregano
  • 1/2 biji telur (untuk sapu pada pizza)

Cara-cara

UNTUK DOH :

1.Masukkan air,gula dan yis dalam mangkuk/bowl, biarkan seketika agar yis dan gula larut (dlm 2-3 minit),kemudian masukkan minyak zaitun,kacau sebati.

2.Satukan tepung gandum,garam dan susu tepung,kemudian masukkan ke dalam no 1 secara sedikit-sedikit sambil kacau dengan garfu adunan ni sampai adunan jadi seketul (melekat pada garfu),lepas tu boleh lah diuli dengan tangan seperti buat doh roti yang biasa hingga permukaan doh jadi licin dan tak melekat pada tangan (kalau lembik skit boleh la tambah tepung ye..sbb ni rspi agak2 je..smlm masa buat tu kita xsukat2,main buh je). Tutup doh dengan plastik wrap/towel lembab dan biarkan naik 1x ganda (dalam 30 minit) atau pun boleh guna resipi roti dari mana-mana.

INTI :

1. Untuk inti sardin,dalam mangkuk satukan sardin yang telah dihancurkan tadi,bawang besar dan 2-3 sudu sos tomato (kalau nak pedas ganti dengan sos cili),kacau biar sebati.Ketepikan

2.Untuk inti ayam,masukkan isi ayam dalam microwave sekejap sehingga isi ayam masak atau boleh juga masak isi ayam ni guna non stick pan (letak isi ayam atas kuali non stik,bila 1 bahagian dah masak,balik sebelah 1 lagi plak),angkat dan potong memanjang nipis-nipis.Ketepikan

3.Ambil separuh dari doh yang telah naik tadi,canai nipis bentuk bujur yang agak besar,kemudian letakkan inti sardin,capsikum,daun oregano dan mozarella cheese ditengah2 doh secara memanjang (biarkan doh lebih pada bahagian hujung,kiri dan kanan).Bila dah siap letak intinya,amik lebihan doh kiri dan kanan letak atas inti agar menutupi inti,lipat ke atas lebih doh yang bahagian hjung plak biar jadi bentuk panjang mcm dalam gambar di atas (seal/lekat elok-elok agar intinya tak bocor) atau boleh refer resipi asal utk cara-cara bentukkan pza ni

4.Untuk inti ayam caranya sama macam inti sardin juga,cuma susun dulu isi ayam ditengah-tengah doh yang telah dicanai tadi,kemudian picitkan sos tomato dan sos cili,pastu tabur daun oregano dan mozarella cheese.

5.Bila dah siap jadi bentuk macam 1 bun saiz besar,letak pza ni dalam dulang pembakar dgn bahagian yang dilipat/seal tadi dibawah dan permukaan yg licin/rata diatas (kita guna try utk buat roti sandwish tu),biarkan naik 1x ganda lagi.Bila dah naik,toreh permukaan pza tadi (mcm dalam gambar),sapu telur dan tabur daun oregano (ready utk dibakar)

6.Panaskan oven (kita guna suhu 160 C) dah bakar selama 15-20 minit atau sehingga masak/permukaan pza bewarna kekuningan.

7.Bila dah masak,keluarkan dari oven dan boleh lah dipotong....


Sumber Resipi : Recipezaar
Ingredients

  • 1 (1 lb) frozen bread dough
  • 3 ounces pepperoni,chopped
  • 1/2 lb swiss cheese, shredded
  • 1/2 lb cheddar cheese, shredded
  • garlic powder, to taste
  • ground oregano
  • pepper
  • olive oil

Directions

1.Thaw bread and follow direction on the package for rising.

2.Roll the bread out into a flat oval about 15 x 8 inches about 1/2 inch thick (almost the size of a cookie sheet.).

3.Chop pepperoni in a food processor.

4.Spread a cookie sheet with olive oil.

5.Drizzle oil evenly over the dough.

6.Sprinkle, garlic powder, ground oregano, and pepper over the oil.

7.Layer cheeses then the pepperoni over the spices leaving a 1/2 inch border of the dough uncovered.

8.Roll dough up jelly roll style rolling the from the 15 inch size of the dough.

9.Seal the edges by pressing dough together.

10.Spread olive oil sparingly over the dough. Place onto the cookie sheet.

11.Bake in a preheated oven at 350 degrees. Bake for 30 minutes or until golden brown. Remove from oven.

12.Let cool 5-10 minutes then slice into pinwheels.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...