tetap lembik gtuw wpun xsukat...hehe....sib baik jadi jgk desert sdp ni..
- 10 biji buah strawberi - kisar dengan 1/2 cawan air atau lebih sikit (kita guna straberi yg saiz kecik je, cameron highland punye tu, kalau impot besar buahnya
- 1/2 sudu kecil serbuk agar-agar jenama NONA (lebih kurang) - bancuh dengan 3 sudu air panas (
- 2-3 sudu besar gula halus - rasa nak manis macamana
Cara
Campurkan kesemua bahan-bahan dan tuang dalam gelas yang sesuai. Sejukkan seketika dalam 20 minit. (Simpan sikit dalam 2 sudu besar untuk dituang atas buah strawberi masa nak menghidang nanati)
Lapisan Atas
- 1/2 cawan whipping cream
- 1/2 cawan susu cair
- 2-3 sudu besar gula halus - agak-agak la ye nak manis macamana
- 1/2 sudu kecil serbuk agar-agar (lebih kurang)
- secubit garam - agar rasa lemak dan sedap
Cara
1. Satukan whipping cream dan susu cair dalam periuk. Panaskan sekejap dengan api perlahan. Kemudian masukkan serbuk agar-agar dan gula. Kacau sebati. Sejukkan dulu sekejap agar tidak terlalu panas sebelum dituang atas lapisan strawberi yang telah sedikit beku.
2. Sejukan dalam peti sehingga lapisan atas mengeras sedikit sekitar 30 minit. Kemudian letak buah strawberi dan tuang sikit puri yang ditinggalkan tadi. Sedia untuk dinikmati...SEDAPPP...
Bahan Lapisan A:-
- 100 gm puri strawberi (*akak kisar 10 biji strawberi)
- 20 gm gula kastor
- 10 gm serbuk gelatin
- 50 ml air panas
- 100 gm gula kastor (*akak letak 80 gm jek)
- 2 biji kuning telor
- 200 gm krim putar (whipping cream)
- 7 gm gelatin (dibancuh dengan 3 sb. air panas, kacau larut dan ketepikan)
Bahan Lapisan C:-
200 gm buah strawberi (*akak letak 20 bj yg sedang2 saiznya) - dikisar dgn sedikit air saja, jadikan puri.
Cara Membuat:-
1.Lapisan A: -Tuangkan air panas dalam mug dan masukkan gelatin. Kacau hingga gelatin larut dan tidak berketul2.
2.Dalam mangkuk lain, kisar buah strawberi bersama gula dan jadikan puri. Ketepikan.
Tuangkan air panas dalam mug dan masukkan gelatin. Kacau hingga gelatin larut dan tidak berketul-ketul.
Terus tuangkan ke dalam buah strawberi tadi...kacau sebati.
3.Lapisan B:- Dalam mangkuk lain, putar gula dan kuning telor hingga sebati.
Kemudian masukkan whipping cream. Putar lagi.
Bancuh gelatin seperti cara di atas dan tuangkan ke dalam adunan tadi. Kacau sebati.
4.Sediakan mangkuk dessert yang sesuai dan tuangkan 1/4 cawan lapisan A.
Kemudian perlahan-lahan letakkan pula 1/4 cawan lapisan B.
5.Akhir sekali, letakkan 2 sudu besar bahan lapisan C.
Sejukkan di dalam fridge dan hidangan dengan hiasan potongan buah strawberi.
look nice,rase pun mesti sedap..nanti try la...
ReplyDeleteBilalah mama nak buat ni ye?
ReplyDeletesalam maz,
ReplyDeletesedapnya nampak... apatah lg kalau dpt mkn..
aritu dh terliur tgk k.ummi buat, ni maz pulak... aduhh harus cari stoberi ni