Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, December 19, 2011

Karipap

Assalamualikum..ni pun dah lama jgk kjdiannya..dh bnyk kli sngat la brkripap smjak dtg ni..msa memula smpai lgi dh buat..kat umah ni kripap kira kue semua org mknn..ada smbutan..slalu buat pun tkpe..lgipun kripap ni xmuak kan..cuma kita ni jenis buat ciput2 je..pastu xde sukat2..ikut ati je..asik nk cpatt..ada yg tang klim tu jdi flat je..yg jdi bntuk cek mek molek pun adaa!! tu yg kdang2 elok..kdang2 brgerawat..yg ni ikut sukatan lah..

tyang dlm prut kripap skitt..
Karipap by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-banan

Kulit Karipap
  •  1 1/4 cawan tepung serbaguna @ tepung gandum
  • 100ml air
  • 3 sudu besar minyak masak - panaskan (betul-betul panas)
  • sedikit garam

Inti
  • 1/2 - 1 cawan daging/ayam kisar
  • 2 ulas bawang merah - ditumbuk
  • 2 cawan ubi kentang yang didadu
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 2 sudu besar serbuk kari - bancuh dengan sedikit air
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 batang kecil celery  - hiris nipis
  • 1/2sudu kecil serbuk jintan putih (cumin)
  • 1/2 sudu kecil serbuk paprika
  • sedikit daun parsley - dicincang @ boleh guna daun sup, sini xde daun sup
  • sedikit gula dan garam secukupnya

Cara

Kulit Karipap

1. Dalam mangkuk satukan tepung dan garam. Masukkan minyak yang telah panas dan kacau cepat-cepat dengan senduk kayu. Kemudian masukkan air, kacau sebati dan boleh la uli guna tangan sehingga doh lembut (dalam 3-4 minit). Kalau lembik, boleh la tabur tepung sikit-sikit.

2. Rehatkan doh seketika (dalam 5-7 minit) dan boleh la dicanai.

3. Canai nipis je, masukkan sedikit inti dan tutup kemas. Goreng dalam minyak yang tidak terlalu panas, sambil dibalikkan selalu sehingga masak. Angkat dan toskan.

Inti

1. Panaskan minyak, tumis bawang merah, serbuk jintan putih, serbuk paprika dan daun kari. Kemudian masukkan serbuk kari dan kacau sebati.

2. Masukkan daging, balik-balikan agar daging sebati. Kemudian masukkan celery, ubi kentang dan air secukupnya. Kacau balik agar sekata dan masak sehingga ubi separuh lembut/empuk. Masukkan bawang besar dan perasakan secukup rasa.

3. Kemudian masukkan daun parsley/sup dan masak sehingga kuah kering. Siap

dedulu klu buat kriapap ni duk guna acuan je..kli ni bru klim nga tngan..wpun xscntik mcm org lain buat..tpi bngga jgk ni..hehe..

12 comments:

  1. salam maz...td dah ngantuk sebenarnya, tup tup bila tgk jer karipap kat sini terus jd segar...peberet liza tuuuu

    ReplyDelete
  2. mazzz.....sedapnya ada karipap panas....nak seketui.....lapar ni!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Maz,

    wah kalau dpt seketul nie sedap buat mengunyah mlm2 ni...sini pulak asyik hujan..dh mkn pun lapar la Maz!!

    ReplyDelete
  4. Kak Maz cayang,rindu kat akak,lately nih berblog sbb 1family xsihat kak,nih baru ok n baru nak msk2,seterlah byk ari gantung piyok..Cuaca skng sama kut,1family kna demam selsema n sakit tekak..Nih mai memalam nih karipap da lagi ke kak,meh nak rasa cikit kak,hehe..Mggu lpas da wat karipap juga,b4 demam,wat frozen lbh2 bekalan time malas kak..
    Pstt punyalah terliur nengok tart akak kat bawah ngan bery2 yg pelbagai tuh,adeiii kat sini mmg mahai lah kak bery2 yg pelbagai tuh..

    ReplyDelete
  5. Macam mana pun karipap tetap jadi POJAAN orang2 malaysia....orang bahhhrain pun rajin buat karipap ya

    ReplyDelete
  6. Maz

    karipap sgtlah sodap...makan bila baru lepas goreng..hidang ngan kopi panas...nyamannnn nak2 time hujan...

    ReplyDelete
  7. Maz kita pun suka makan karipap tapi nak buat berchenta sikit:)

    ReplyDelete
  8. dpt berapa biji ni maz.. cantik jer maz mgelim kalau akk tak tau camna la rupanya..tekan guna garfu jer la jwbnya.. hihihi..

    ReplyDelete
  9. kak maz...karipap kalau buat kat rumah ni pun laku je...hehehhe...sedapnya tengok inti dia tu...hehehe

    ReplyDelete
  10. Maaaaaaaaaaaaaaaaaazzzzz....nak karipap 3 ketuiiii :)) rajin dia...

    ReplyDelete
  11. Assalamualaykumwbh Maz....mmmm masih kat Mr Hubby ker? MMMM rajin nau masak...good!! Ayu pun suke karipap ni.....setakat 2-3 ketol...emang tak cukup ar.......hik3....buruk melantak tol....

    ReplyDelete
  12. maz~my friends..
    mksih smua sdi tnggalkan sweet komen psal kripap ni utk kita..kripap ni mkn hri2 pun xpe kan..kue yg xmuah..

    maz~kak zana..
    rsanya leh dpt dlm 15 biji kak klu buat kecik2..cnai nipis2 gituw..muahh..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...