Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, October 14, 2014

Banana Cheddar Fritters

Assalamualaikum w.b.t...update skli lgi...klu bleh nk cepat2 hbiskan pic dlm folder tu...ada dekat 70 gmabr lgi yg duk tnggu Q...banana fritter atau pisang goreng cara omputih...klu kita cekodok la kan...snak yg cepat dan pasti anak2 pun suka...ni pun lama bnar dh dalam folder...tkpe la kan lewat pun...hnya gmbar je...sblum ni pun dah pernah buat banana fritter ni...ada kat sini...kli ni tmbah cheedar cheese...memang sedapp layan panas2 tu...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan...

Banana Cheddar Fritters by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

  • 1/2 cawan allpurpose flour @ tepung gandum berkualiti
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1/4 cawan susu segar
  • 1 sudu kecil mentega lembut @ cair
  • 1 sudu kecil gula
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1/3 cawan parutan cheddar cheese
  • 1 biji pisang masak yang sesuai - dadu (maz guna pisang montel) kalau pisang berangan/emas lagi sedap)
Cara

1. Satukan semua bahan kecuali 3 bahan terakhir.

2. Kemudian masukkan pisang dan cheedar. Sebatikan - kalau rasa macam pekat sangat tambah susu 1-2 sudu lagi.

3. Panaskan minyak secukupnya, basahkan tangan dan jemput dengan hujung jari. Kalau nak guna sudu pun boleh.

4. Goreng hingga perang dikedua bahagian dengan api sederhana. Angkat dan toskan.

5. Boleh tabur sedikit gula aising/coklat sirap atau makan macam tu pun boleh.

kuih petang yg cepat dimasak sedapp dimakan...memang yummy la mkn yg panas2 tu...pas sbjik2 masuk mulut...aiman la yg suka sngat...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...