Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, October 21, 2019

Spaghetti Aglio Olio

Assalamualaikum w.b.t 
'Allahumma innii zhalamtu nafsii zhulman kat'siiran wala yagh'firudzunuu'ba illa anta, fagh'firlii maghfiratan min in'dika warhamnii innaka'an tal'ghafuur ru'rahim' (Ya Allah, aku melakukan kezaliman yang banyak atas diriku sendiri dan tiada yang mengampuni dosa selain Engkau, maka berilah aku keampunan dari sisiMu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang), doa yang cukup indah yg diajar oleh Rasulullah saw kepada sahabat yg paling disayangi baginda, Sayyidina Abu Bakar As Siddeq R.A, sahabat baginda yang telah dijanjikan syurga..
brkesempatan update blog ni skli lgi, layan spgheti la plak..lama dh xkluar menu ni, sbnarnya dri dlu pon selalu duk buat pasta2 atau spagheti ni kerana smua umat kat rmah ni suka..ditmbah plak mudah nk sediakan, lgi lagi senang hati tukang masak deh..aglio ni antara yg ckup ringkas lah cara penyediannya, bahan utama mesti ada bawang putih dan minyak zaitun..wlu pun simple je tpi sdpp dan aromanya ckup memikat, Insha Allah semoga bersua lgi dan segala yg tidak sempurna itu harap dpt dimaafkan..

SPAGHETTI AGLIO OLIO by http://ilhamdapur.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 1/2 paket spaghetti - rebus seperti biasa dengan sedikit minyak dan garam hingga lembut.
  • 3-4 ulas bawang putih - cincang
  • 1 biji cili merah - cincang kasar
  • 1 mangkuk lada bengala - maz guna 3 warna tu
  • 1 mangkuk kecil campuran udang/sotong/ayam
  • 1/2 sb ottoman spice - maz guna seperti dlm gambar kat bawah tu @ boleh guna italian herbq
  • sedikit serbuk stok ayam - optional 
  • minyak zaitun extra virgin secukupnya
Cara

1. Dalam kuali panaskan minyak (agak-agak ya kira padan dgn bahan yg diguna). Masukkan bawang putih dan cili merah.
2. Tumis sekejap kemudian masukkan campuran udang dan lada benggala, biar seketika kemudian kacau balik biar masak sekata.
3. Masukkan spaghetti, rempah dan serbuk stok jika guna, kacau biar sebati.
4. Masak seketika lagi sekadar bahan rencah sebati dengan spaghetti, padamkan api.

guna ottoman spice ni lah dlm aglio tu, beli masa kat Istanbul hritu..campuran herb2 yg  special kata org jual tu, hrga utk sekilo 150TL..sdp guna mixed spice ni, bleh jgk guna utk msakan lain mcm marinated ayam/daging dll..

haritu beli 3 jenis ni, yg kuning tu chicken spice..dh guna utk msak ayam buat turkish pastry, sdpp! Insha Allah respinya akn menyusul, dh ada dlm folder tu..huhuu, ilham dri apa yg duk order bila mknan turkish food spnjang kat Istanbul..

bahan sampingan yg lain tu trpulang pada citarasa, klu buat aglio ni memang suka jenis colourful gini..so letak 3 wrna klrga lada benggala ni 😀, sayur ni pon memang sdpp kan..pastu boleh guna seafood atau ayam dan perasa dgn sedkit srbuk pati ayam jika suka atau bleh tmbah dgn sdkit italian herba jika suka..

2 comments:

  1. I think this website has got very superb pent articles posts. Watch The Sims 4 channels streaming live on Twitch. Sign up or login to join the community and follow your favorite The Sims 4 streamers! sims 4 news

    ReplyDelete
  2. Untuk mempermudah kamu bermain guys www.fanspoker.com menghadirkan 6 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
    dimana lagi kalau bukan di www.fanspoker.com
    WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...