Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, August 14, 2012

Selamat Menyambut Ramadhan Kareem

STICKY MODE

Doa Malaikat Jibril menjelang Ramadhan...

Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad SAW,
apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan,
sekiranya dia tidak melakukan hal-hal yang berikut :-

1. Tidak memohon maaf terlebih dahulu daripada orang tuanya.

2. Tidak bermaafan sesama suami isteri.

3. Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun berkara Amin..Amin..Amin..
dapatkah kita bayangkan doa Malaikat yang diaminkan oleh Rasulullah SAW..

Justeru itu maz dengan ikhlas hati mohon maaf andai ada tersalah atau tersilap dimana-mana samada secara sengaja ataupun tidak..sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah SWT dan yang buruk itu dari diri sendiri..

Dikesempatan ini jgk maz ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan buat sanak saudara..teman-teman..rakan-rakan bloger dan pengunjung ilhamdapur..

Semoga kita semua dapat mengerjakan ibadat puasa kali ini dengan penuh keikhlasan..kusyuk..diberkati dan dirahmati Allah SWT..

Thursday, July 19, 2012

Talam Tokyo

Assalamualaikum..bersua kembali smoga sihat dan gembira bersama keluarga semua..dah ada yg duk pkir2 nk msk apa utk sahur malam esk ye..biasanya memula puasa tu ok lagi kan..bila dh dkat nk hjung2 tu mcm xde idea dah..boleh pening jgk kan..semoga kita semua dipanjangkan usia agar dpt bersama Ramadhan kali ini..InsyaAllah..talam tokyo..xthu la mcmana kuih ni dpt nama..rsanya org jepun xkenal pun kuih ni..tpi tokyo plak yg dpt nama ye..kuih talam ni rsanya agak unik skit sbb lapisan bawahnya tu biji sagu dan campuran kelapa parut bersama sedikit su'un..tapi sedappp..mcm sbiasa la buat utk mkn bersama kakak2..

 msih lagi guna rspi yang pernah buat dlu..klu nk tgk ada kat sini..

Talam Tokyo by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

Lapisan Bawah

  • 30g suu'un - rendam selama 10-13 minit - gunting kecik-kecik
  • 125g sagu kecil - cuci dan rendam 10-13 minit dan toskan
  • 50g kelapa parut -amik yang putih je
  • 1 sudu kecil garam
  • 200ml santan

Cara-cara

1. Satukan semua bahan-bahan dan kukus selama 15 minit,bila dah masak tekan-tekan sikit dengan sudu (pastikan tutup pengukus ditutup dengan kain/towel)

Lapisan Atas

  • 150g gula pasir
  • 50g tepung kastard
  • 400ml santan
  • 1 biji telur (gred A)
  • 1/8 sudu kecil air abu
  • 1/4 sudu kecil garam
  • sedikit pewarna hijau
  • sedkit paste pandan 

Cara-cara

1. Satukan semua bahan-bahan kecuali gula. Kacau sebati dan tapiskan dalam periuk

2.Masukkan gula dan masak atas api sehingga naik wap (jadi pekat sikit macam susu pekat gitu)

3. Tuang ke atas lapisan sagu tadi dan kukus lagi selama 30 minit. Siap dan buka tutup pengukus dan sejukkan dulu sebelum dipotong.

bln puasa klu mls nk buat kuih2 ni xrisau la kan..bleh main tunjuk2 je kat bazar ramadhan..mcm2 yg ada..yg xprah mkn pun adaa..semoga tidak ada pembaziran dlm kita berbelanja..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...