Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, January 14, 2016

Kuih Lapis Coklat

Assalamualaikum w.b.t..'Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim' (Maha Suci Allah dengan segala puji bagiNya, Maha Suci Allah yang Maha Agung), 2 kalimah yg ringan dilidah, berat ditimbangan Mizan, sama2 kita amal baca selalu sebagai zikir harian..
masih dgn gambar thun lepas, tetiba plak dtg mood rajin nk melapis..rsanya lepas buat kek lapis keju ni kut..kukus kuih ni pun guna bekas sama yg kukus kek tu la, pengukus kat rmah ni kecik bnar..jdi kena la kretip skit guna apa yg bleh muat, asalnya nk buat kuih lapis serikaya Kak Fida, sbb masa duk menyepi kat Msia dlu dh pernah buat skli kuih tu utk bawa kat surau..bila tgk blik rspi tu ada bahan yg xde kat sni, mna nk cri tepung hoen kwee tu kan..jdi memandai la ejus sdrik ganti dgn tepung jagung dan tepung pulut, pastu kuih lapis coklat ni jgk maz tak masuk telur..Alhamdulillah semua dgn izinNya, kuih jadi elok je, tetap sedap..Inysaa Allah semoga ketemu lagi dan maaf atas khilaf yg ada..

kukus dlm bkas kecik ni pun 2-3 hri jgk nk hbis, tu yg jarang buat kuih jenis gini sbb umat kat rumah ni xminat sangat..stkat mkn 2-3 ptong je, klu kuih goreng tu bru cepat..

KUIH LAPIS COKLAT by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 150g allpurpose flour @ tepung gandum *
  • 20g tepung jagung *
  • 10g tepung pulut *
  • 170g gula kastor *
  • 750ml santan (maz guna santan tin 500ml+250ml air) * - keluarkan 1 sudu besar untuk bancuh dengan serbuk koko
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • sedikit coklat emulco
  • sedikit pewarna kuning
Cara

1. Sediakan pengukus dengan air mendidih dan loyang yang disapu dengan sedikit minyak sayur (maz kukus dalam bekas plastik je).
2. Bancuh 1 sudu santan dengan serbuk koko, coklat emulco dan ketepikan.
3. Sebatikan semua bahan yang bertanda *, kalau nak tapis pun boleh, kemudian bahagi 2.
4. Satu bahagian letak sedikit pewarna kuning dan satu bahagian lagi campurkan dengan bancuhan koko.
5. Tuang lapisan kuning atau kalau nak buat coklat dulu pun boleh, ikut suka la (utk melapis, sukat biar sama banyak setiap lapisan) dan kukus selama 5 minit atau biar permukaan tu keras sikit, kemudian tuang pulak lapisan coklat dengan perlahan dan ulang proses melapis hingga lapisan terakhir sekali kukus selama 15-18 minit atau bergantung pada saiz kuih. Masa kukus tu letak sekeping aluminium foil atas loyang atau boleh balut penutup pengukus, lupa tadi nak tulis.
6. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong.

Wednesday, January 13, 2016

New York Cheesecake

Assalamualaikum w.b.t..'Astaghfirullah robbal baraya, Astaghfirullah minal khotoya' (Ampuni hambamu ya Allah, Tuhan sekalian makhluk, Ampuni hambamu ya Allah dari segala dosa)
lgi kek jaman bila pun xhingat dh ni, mujur la msa tgh buat tu tulis trus bahan yg guna kat note..klu tak memang sah xingat, rsanya buat kek ni kes nk prabis cream cheese yg beli bkas besar dlu..suka buat ciskek ni, senang je..ni pun main buh je ikut rsa hati..dedulu dh prnah buat NY cheesecake ni, ada kat sini, abangngah dgn babanya la yg suka mkn klu kek2 gini..ni dh lama jgk xbaking, gitu la mood ni..klu dtg time rajin tu, hri2 putar buat kek..Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf atas segala yg tidak sempurna..

kat rmah ni klu buat kek memang ciput je, loyang pun kecik bnar..mcm budak main masak2 je, bkn apa maz suka klu hbis terus..xpyah nk simpan lama dlm peti..

NEW YORK CHEESECAKE by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan (loyang loose base 5 inci)
Bahan A
  • 50g biskut digestives - hancurkan
  • 2 sudu besar unsalted butter
Bahan B
  • 200g cream cheese - suhu bilik
  • 60g sour cream
  • 150g gula kastor
  • 1 sudu besar allpurpose flour/tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu kecil lemon zest @ jus lemon
  • secubit garam
Cara

1. Panaskan oven suhu 150C, sediakan loyang jenis loose base dan air panas mendidih.
2. Satukan bahan B, tuang dalam loyang dan tekan-tekan sikit biar padat dan kemas, kemudian simpan dalam peti sekejap sementara sediakan lapisan B.
3. Dalam mangkuk putar cream cheese dan sour cream sekejap, kemudian masukkan semua bahan lain dan putar sebati.
4. Tuang dalam loyang tadi dan bakar selama 1 jam 20 minit secara steambath (loyang kek dalam loyang air panas).
5. Bila dah masak, biarkan sejuk dalam oven dulu kemudian baru simpan dalam peti 6-7 jam atau semalaman.

Nota ilhamdapur : maz letak loyang kek (loose base) dalam loyang biasa dulu kemudian baru masukkan dalam loyang yg ada air panas tu, sebab malas nak balut loyang kek tu dengan aluminium foil, buat mcm ni lagi selamat dan senang keje.

ciskek memang sedap deh, tpi xbleh nk mkn bnyk..cepat muak, suami suka mkn kek gini dgn air kopi pahit xde gula, sbb kek dh manis kan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...