Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, September 10, 2014

Street Food Chicken Fry

Assalamualaikum w.b.t...apa kbar semua...semoga sentiasa dlm rahmat dan hidayahNya...lagi menu ayam goreng...lauk yg semua mkn...asalkan bkn ikan...ayam ni pun duk dlm draf awal bln 4 hritu lgi...tengok program andy bites street food...jdi dri stu la terjdinya ayam goreng india stail yg rangup dan sedap ni...ayam ni ala2 chicken 65 la jgk...bhn pun lebih kurang je...kat sni pun ada jual lauk ayam mcm ni...nmanya chicken chili fry...semoga ketemu lgi dan mohon maaf atas segala kekurangan...

 ni setelah diperap dan ready utk digoreng...

Street Food Chicken Fry by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1/2kg ayam - potong saiz sederhana kecil
  • 1/2 sudu kecil serbuk cili
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih (cumin)
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 2 sudu besar yogurt asli
  • 3-4 pokok daun ketumbar *
  • 1 tangkai daun kari *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 1-2 sudu besar allpurpose flour
  • garam secukup rasa
  • pewarna merah secukupnya
  • minyak untuk menggoreng
Cara

1. Cuci bersih ayam dan toskan.
2. Tumbuk lumbat bahan bertanda *. Kemudian sebatikan dengan semua bahan lain kecuali tepung.
3. Gaul dengan ayam dan perap selama 1-2 jam atau lagi lama lagi sedap, ayam sebati dengan bahan rempah. Masukkan juga daun kari 1 tangkai lagi masa perap ni.
4. Panaskan minyak secukupnya, masukkan tepung dan sebatikan dan goreng seperti biasa dengan api sederhana hingga masak. Angkat dan toskan.

memang kena dgn nasi panas2 tu...letak nma ayam tepi jln tu sbb program andy tu nama street food...maz memang suka tgk show mcm tu...bleh cri dan dpt ilham skli...skrang ni suka tgk eat street plak yg tnjuk mknan yg dijual dgn truck2 di US dan negara eropah yg lain...mknan mereka simple2 je...cepat nk sedia...memang bleh buat lapar la klu tgk...org sngup Q...

2 comments:

  1. oh yumm..mcm tandoori sikit yaa

    Jemputlah ke blog saya Blog Ibu bekerja dari rumah , semoga bersama dapat manfaat! Terima kasih..

    ReplyDelete
  2. eh, simple je ni kak maz, tapi nampak macam mengancam sesangat.. boleh cuba ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...