Assalamualaikum w.b.t
'Allahumma inni as'aluka ‘ilman naafi'an, wa rizqan tayyiban, wa 'amalan mutaqabbalan' (Ya Allah aku memohon kepada Mu ilmu yang bermanafaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima)
sama2 kita amal baca sebaik bagi salam selepas solat subuh, Sunnah RAsulullah saw..semoga permulaan hri kita diberkati dan Allah swt guid us to what's best and keep us steadfast on His straight path, Ameen.
maraton skit lah ye smentara ada masa free ni, nasi tomato ni buat skli dgn daging masak sambal dan acar timur tengah tu..klu nsi jenis berperisa gini memang laku keras la org kata kat rumah ni, buat slalu pon tkpe..nsi tomato ni pun ringkas je, xde letak raisin atau gajus apa..ada je stok dlm peti tu saja xbuh nti ank2 tolak tepi jgk..cuma resepi kli ni maz msukkan mentega dan susu segar kemudian agar nasi tu terasa lemak dan lembab bila dh masak. ok lah rspi ringkas ada kat bawah tu klu ada yg nk try cara maz ni, semoga dpt dimanafaatkan bersama..
Nasi Tomato by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
- 2 cawan beras basmathi - rendam dalam 30 minit dan toskan
- 1/4 labu bawang besar bombay *
- 2 ulas bawang putih *
- 1/2 inci halia *
- 1 batang serai *
- 3-4 sudu besar pes tomato (maz guna pes tomato mcm dlm gambar kat bawah tu, pes tu pekat dan xmasam)
- 1 helai daun pandan - koyak dan simpulkan
- 1 batang kayu manis, 3 kuntum bunga cengkih, 3 biji buah pelaga, 3 kuntum bunga lawang (rempah 4 sekawan)
- 1 kiub pati ayam/daging/serbuk pati
- 1/4 cawan susu segar
- 2 sudu besar mentega lembut
- 3 sudu besar minyak jagung/canoli/dll
guna paste ni la utk nasi tomato tu..klu buat sos piza atau spgheti pon guna yg ni jgk, sedap pes kat sni ada rsa manis skit dan wrna masakan pon cantik, xsama mcm tomato puri (update)
Cara
1. Kisar lumat bahan bertanda * (sebenarnya maz amik dari bahan kisar daging masak sambal ni je, ketepikan dlm 1sudu).
2. Dalam periuk panaskan minyak, masukkan rempah 4 sekawan dan bahan kisar. Tumis hingga naik bau, masukkan daun pandan dan tumis biar bahan rencah masak.
3. Masukkan pes tomato, masak sekejap kemudian masukkan beras dan air secukupnya, dalam 1 liter.
4. Masukkan kiub pati dan masak hingga mendidih dan nasi masak 80%.
5. Bila nasi dah masak 80%, toskan nasi tadi (tak perlu tos sampai kering sangat, cukup sekadar buang air), kemudian masuk balik nasi tadi dalam periuk bersama mentega dan susu segar, kacau perlahan biar sebati dan masak lagi (tekan on balik periuk nasi letrik) hingga nasi masak sepenuhnya, 6. Bila dan masak gembur dengan perlahan sikit nasi.
Nota ilhamdapur : klu nak letak raisin dan gajus pon boleh, masukkan ketika proses no 5.
pasangannya buat kari telur sbgai kuah, biasa kari ayam..Alhamdulillah sdpp la mkn berulamkan acar mentah sayuran tu..
No comments:
Post a Comment