Assalamualaikum w.b.t..
'Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar'. Dari Abu Hurairah dia berkata, sabda Rasulullah saw : Sesungguhnya membaca zikir diatas Maha Suci Allah segala puji bagi Allah, tiada yg berhad disembah selain Allah dan Allah Maha Besar adalah lebih aku cintai daripada segala sesuatu yg terkena sinar matahari - Riwayat Muslim..sama2 kita amalkan sbgai zikir harian, may Allah bless and accept from us all, Ameen..
sbnranya dh lama duk pasang niat nk buat kek yg tgh viral ni, ya la nk jgk ambil bhgian deh 😀Alhamdulillah smua dgn izinNya minggu lepas bake la sbjik ni stelah mengkaji skit2 dlu psal burt cheesecake ni, kek ni agak costly skit sbb guna pure cheese dan whip cream..rsanya yg lemak2 sdpp gitu, bgi pengemar cheese pasti heaven sngat la kek ni..nak buat pon simple sangat dan klu potong kek yg baru keluar oven bahagian tengahnya masih lembik, memang gitu..bkn kek xmasak ya!Insha Allah semoga jumpa lagi dan segala kekurangan yg ada harap dpt dimaafkan..
bila dh masak dan ketika masih suam2 maz tukar kertas baking lapik dgn yg baru sblum amik gmbar ni, tu yg kertas ni xde kesan terbakar..
teksture kek ni sdkit padat, moist dan lembik skit..ada daya tarikkannya yg tersendiri, pasti selepas rsa 1 bite akn terus nk menikmatinya..
BURNT CHEESECAKE by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
A
- 250g cream cheese - suhu bilik
- 3 sb cream - maz guna seperti dlm gambar kat bawah @boleh guna sour cream/fresh cream
B
- 2 biji telur gred A - suhu bilik
- 1 kunung telur
- 70g gula kastor
- 1/2 sk essen vanilla
C
- 130ml whipping cream UHT - suhu bilik
- 1/2 sk tepung gandum
-satukan dan kacau biar sebati/larut
Cara
1. Panaskan oven suhu 180 C selama 5-7 minit, sediakan loyang saiz 5@6 inci (maz guna loose pan, boleh je guna loyang biasa sebab loyang tu kita lapik kertas baking sepenuhnya).
2. Alas loyang dengan kertas baking biar kertas baking tinggi/lebih dari loyang (mcm pic 2 kat atas tu). Kemaskan kertas baking dibahagian bawah loyang agar kedut lipatan kertas tu tak banyak, nanti bahagian tepi-tepi kek akan cantik dan senang nak buka kertas baking tu.
2. Alas loyang dengan kertas baking biar kertas baking tinggi/lebih dari loyang (mcm pic 2 kat atas tu). Kemaskan kertas baking dibahagian bawah loyang agar kedut lipatan kertas tu tak banyak, nanti bahagian tepi-tepi kek akan cantik dan senang nak buka kertas baking tu.
3. Sapu kertas baking dengan mentega biar tebal sikit agar kek tidak melekat dan senang nak keluarkan kertas bila kek masak.
4. Putar (maz guna hand mixer) bahan B dengan kelajuan perlahan biar gula larut, ketepikan.
5. Putar cream cheese dari bahan A hingga sebati, kemudian masukkan fresh cream dan putar biar berkrim dalam 2 minit.
6. Masukkan bahan B, putar sebati kemudian masukkan bahan C dan sebatikan (tak perlu putar lama, cukup sekadar sebati saja).
7. Tuang dalam loyang tadi dan selama 50 minit (bahagian atas kek berwarna perang dan sedikit merekah tapi bahagian tengan kek masih lembik)
8. Keluarkan dari oven, sejukkan sekejap selama 10 minit dan bolehkan buka lapisan kertas secara perlahan-lahan (maz dh tukar lapik dengan kertas baru bila dah masak utk ambil gambar, tu yg kertas tu xnpak kesan oven).
9. Kemudian sejukkan sepenuhnya sebelum simpan dalam peti atau boleh terus dinikmati setelah kek sejuk. Tapi kebanyakkan cheesecake ni lagi sedap rasanya jika dibiarkan semalaman dalam peti agar rasa lemaknya lebih menyerlah.
Nota ilhamdapur : kena tahu tahap kepanasan suhu oven masing-masing, jika bahagian atas kek nampak terlalu hangus, 10 minit terakhir guna api bawah saja.
Nota ilhamdapur : kena tahu tahap kepanasan suhu oven masing-masing, jika bahagian atas kek nampak terlalu hangus, 10 minit terakhir guna api bawah saja.
maz guna cream ni..
kbetulan ada stok buah dlm peti, so posing la skli pastu kutip balik sbb nk potong susah la plak!..
pastikan masa putar telur tu jangan sampai kembang agar kek tidak mendap sangat bila dah masak..
kek ni dh memang sdpp jika mkn begitu saja, tpi klu nk menikmati bersama jam atau cream kena kurangkan sukatan gula lah..berries tu pun skdar utk bergambar je!
TQ 💖 mas utk resepi ..
ReplyDeleteGreat post, you have pointed out some excellent points, I as well believe this is a very superb website.Places you need to visit in 2019. ... Upgrade your travel photos with these lightweight cameras that pack a punch ... Enjoy the world's best places to travel with Things to do.
ReplyDelete"Dapatkan SUPER BONUS NEW MEMBER 150% dalam permainan dan mainkan permainan kesukaanmu hanya dalam 1 user id. Ikuti juga promo menarik lainnya yang kami sediakan hanya di bbet99.fun . 100% TERPERCAYA.
ReplyDeleteBOLA ONLINE
Agen Bola
Taruhan Bola"
Bet365 Casino, India - JTM Hub
ReplyDeleteWith a 포천 출장마사지 strong presence in 전라남도 출장샵 online betting and online sports, the Bet365 의왕 출장안마 Casino provides an all-in-one platform for 속초 출장안마 all Indian players 창원 출장안마 to