Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, December 1, 2014

Mee Rebus Special

Assalamualaikum w.b.t..'Subhaanallah wabihamdihi subhaanalah hil'azim'..brtemu skli lgi...mee lgikk...adoiii dah jdi peminat tegar mee la plak thun ni...asik kluar mee je...apa yg specilnya deh...sbnarnya xde apa yg lain dri rspi sblum ni pun cuma letak nma specil tu sbb guna ekor lembu...kikihh...sblum ni mee rebus udang...tkpe la deh guna ekor pun...kesnya sebab nk jgk mkn mee rebus...tpi dlm peti hnya ada ekor je...ekor pun ekor la dlm hati duk brckp seorang...maka terus kan jgk niat utk buat mee rebus tu...ni cerita dah berbulan yg lalu jgk...tetappp sedapppp guna ekor punn...mcm biasa licinnn smpai ke kuahh! Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan...

Mee Rebus Udang by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 500g mee kuning - maz buat sendiri, jadi tak perlu celur sebab dah lalui proses rebus, kalau mee beli celur sekejap
  • 1kg ekor lembu
  • 3-4 ulas bawang merah - tumbuk lumat
  • 1 sudu besar udang kering - tumbuk lumat
  • 1 inci lengkuas - ketuk
  • 1 sudu besar serbuk kari daging 
  • 3-4 sudu besar cili kisar
  • 1 keping asam keping
  • 2-3 ketul keledek rebus - kisar dengan sedikit air rebusan ekor
  • sedikit minyak untuk menumis
  • telur rebus, tauhu goreng, bawang goreng, daun sup/bawang, cili merah @ taugeh jika ada
Cara

1. Dalam periuk tekanan rebus ekor dengan air secukupnya, sedikit garam hingga lembut (dalam 1 jam).
2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang dan udang kering hingga wangi. Masukkan cili kisar, tumis lagi. Masukkan serbuk kari dan lengkuas. Kemudian masuk ekor dan air rebusannya.
3. Masukkan asam keping dan masak biar mendidih. Masukkan keledek kisar dan perasa secukup rasa. 
4. Masak biar mendidih lama sikit dengan api perlahan dan kuah sedikit pekat dan suaikan rasa apa yang kurang, maz suka rasa manis tu lebih sikit.
5. Kemudian boleh la dihidang bersama mee dan bahan sampingan yang lain.

mee kuning tu hasil homemade...tu pun ada 1 lgi mee udang duk menunggu dlm folder...tpi lepas kejadian yg ni...lama la jgk dah stop main tepungnya...

Baked Pasta

Assalamualaikum w.b.t..'Allah humma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni'..bertemu skli lagi...tentu ramai yg amik peluang balik kpung atau bercti deh...skolah pun dh cti...kat sni hjung thun cuma cti semester break je 2 mnggu bermula tngah bln nti...cuti pnjangnya time summer...lgi gambar lama la ni...guna sos sma yg lebih buat baked chiken pasta hritu...memang kerappp snguh duk buat pasta...aiman dgn afiq sukaa sngat...yg simple maple gaul dgn sos gtu je pun jln jgkk...Inyaa Allah semoga jumpa lgi dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

Baked Pasta by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 3-4 biji tomato masak - belah 8
  • 1/2 batang lobak merah saiz kecil * - hiris
  • 1 labu bawang besar bombay * - belah 8
  • 2 helai daun bay *
  • 2-3 sudu besar tomato pes
  • 2-3 sudu besar sos tomato/cili (jika nak ada rasa pedas sikit)
  • 1 sudu kecil dry basil
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • sedikit minyak zaitun
  • pasta rebus secukupnya
  • mozarella cheese secukupnya
Cara

1. Panaskan sedikit sudu minyak zaitun, masukkan semua bahan bertanda *. Masak sambil dikacau sekali sekali hingga sedikit perang. Kemudian masukkan tomato pes dan kacau sebati.

2. Masukkan buah tomato, sebatikan dan masak biar keluar jusnya. Kemudian air (agak-agak la ye kira padan dengan bahan) dan kiub pati ayam. Masak dengan api sederhana hingga mendidih lama dan sayur lembut/sedikit hancur (jika perlu boleh tambah air sikit lagi). Masukkan dry basil dan sos tomato/cili, kacau sebati. Padamkan api.

3. Kemudian masukkan dalam pengisar dan kisar lumat. Tuang semula dalam periuk dan panaskkan balik sekejap je dengan api perlahan. Kalau pekat sangat boleh tambah air sikit lagi. Masukkan sedikit gula, serbuk lada hitam dan perasa secukupnya apa yang kurang. Padamkan api

4. Dalam bekas tanan panas/casserole masukkan pasta dan sos secukupnya, kacau biar sebati. Tabur cheese dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan 170C selama 8-10 minit atau hingga cheese sedikit perang.

tukang masak ni memang suka klu jenis cepat dimsak gini...xpayah lama kat dpur...sosnya bleh buat awal...time nk mkn cuma rebus pasta je...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...