Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, February 11, 2015

Nasi Minyak

Assalamualaikum w.b.t..'Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim'...pgi ni updated nasi minyak la plak...menu yg kerap sangat duk buat jenis nasi 1 lauk gini...senang jgk tugas tukang masak ni deh...xpayah buat 2-3 jenis lauk...lgipun anak2 xminat mkan nasi hidang ni...pasangannya buat gulai ayam mcm gulai kambing berkerisik haritu...cuma gulai ayam ni xmasuk kerisik...kena sangat pasangannya ada plak acar timun mentah...terima kasih pada yg sudi singgah dpur yg xseberapa ni...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan dri maz...

Nasi Minyak by http://ilhamdapur.blogspot.com/
Bahan-bahan
  • 2 cawan beras basmathi - rendam 10 minit dan toskan
  • 3-4 ulas bawamg merah - tumbuk
  • 1 ulas bawamg puith - tumbuk
  • 1 inci halia - tumbuk
  • 1 kayu manis, 3 kuntum bunga lawang, 9 kuntum bunga cengkih, 7 biji buah pelaga (maz saja letak banyak cengkih & buah pelaga nak bagi nasi wangi, tiru cara nasi arab)
  • 1 helai daun pandan
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 4-5 sudu besar minyak sayur
  • 1/4 cawan susu cair/susu segar
  • sedikit garam @ kiub pati daging
  • sedikit kismis
  • sedikit pewarna oren dan kuning (utk buat warna oren campur je setitik warna merah dengan warna kuning)
Cara

1. Panaskan minyak dan minyak sapi, tumis bahan tumbuk dan rempah 4 sekawan biar wangi. Kemudian masukkan daun pandan dan sedikit air dulu, masak hingga air mendidih.
2. Masukkan susu cair, kismis, garam/kiub pati, kacau sebati dan masukkan beras. Tambah air jika perlu, jangan banyak ye nanti nasi tidak berderai elok, maz cuma lebihkan 1cm je air dari paras beras.
3. Tutup periuk dan biar nasi masak seperti biasa. Bila nasi dah hampir kering, kacau sikit.
4. Kemudian titikkan pewarna secara merata dan biar nasi masak sepenuhnya.
5. Bila dah masak baru gemburkan nasi dengan garfu agar warna bercampur.
6. Boleh la dihidang bersama lauk pilihan, maz buat gulai ayam sama macam resipi gulai (gulai kambing berkerisik) ni cuma gulai ayam ni tak masuk kerisik.

klu wdays tu memang msak la tiap2 hri...tghri biasanya nasi la...belah mlm lain plak sbb nasi cuma skli tghri je...tu yg bnyk sngat pic dlm folder...asik duk msak...Alhamdulillah atas rezeki dan nikmatNya...

Tuesday, February 10, 2015

Strawberry Panna Cotta

Assalamualaikum w.b.t..'La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin'...bkesempatan utk update skli lgi...msih lgi dgn menu projek stoberi...kat rmah ni jarang sangat buat dessert jenis pudding gini atau pun agar2 sebab xde sambutan...klu nk kira ni dessert mewah kat hotel deh...bkn xsedapp...sedappp...ada plak sirap dri buah stroberi segar, walaaaa...nikmat sngguh...tpi tu la anak2 xminat...rspi sma je mcm vanila panna cotta with blackberry ni...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada..

Strawberry Panna Cotta by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan (3 ramekin kecil)
  • 125ml susu segar
  • 75ml whipping cream
  • 2 sudu besar madu @ gula pasir (boleh tambah atau kurang)
  • 1 sudu besar gelatin
  • 1/2 sudu kecil vanilla
  • secubit garam
  • 2-3 sudu besar air panas mendidih
  • strawberi secukupnya
Cara

1. Satukan air panas dan gelatin, kacau agar gelatin larut sepenuhnya (maz panaskan dlm microwave selama 15-20 saat). Ketepikan.
2.Dalam periuk, panaskan susu segar dengan api perlahan biar sedikit panas (maz panas dalam microwave je), kemudian masukkan gelatin yang telah larut tadi dan kacau sebati.
3. Masukkan whipping cream, vanilla, garam dan madu (suaikan la nak manis macam mana). Kacau agar semua sebati, padamkan api.
4. Tuang dalam bekas/ramekin dan biarka dalam petiais sekitar 2-3 jam. Kemudian boleh la dihidang bersama sirap strawberi.

Sirap Strawberi by http://ilhamdapur.blogspot.com/
Bahan-bahan
  • 8-10 biji buah stawberi - dihiris
  • 1/3 cawan gula @ secukupnya
  • 2 sudu besar allpurpose flour
  • secubit garam
Cara

1. Cuci buah strawberi dan toskan biar air sejat, kemudian hiris.
2. Dalam periuk satukan semua bahan dan masak sambil dikacau sekali sekala hingga keluar jusnya , buah jadi lembut dan sirapnya sedikit pekat.
3. Sejukkan dulu sepenuhnya sebelum guna (maz terus letak dalam peti lepas masak tu nak bagi cepat sejuk dan jadi pekat).

ni pun buat skit je...dpt la 3 bijik kecik ni...tu pun maz dgn suami je yg mkn...rsa mcm nk buat plok...sbb mudah sngat...stoberi pun ada lgik tu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...