Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, September 20, 2016

Ketam Bercili Thai

Assalamualaikum w.b.t
'Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku', sebahagian dri khutbah terakhir Khalil Allah, junjungan yg amat kita kasihi Rasulullah saw pada 9 Zulhijjah 10 Hijrah, di ARAFAH, semoga Allah swt guide us to the straight path, Ameen.
agak awal bersiaran pgi ni..kat sni pkul 6 tu matahari dh tinggi, ketam ni lauk sbln lebih dh jgk..kerap jgk duk masak seafood smjak lepas rya puasa hritu, bkn apa sbb dh xde lauk lain dlm peti tu selain ayam..ikan jarang beli sngat sbb kurang sambutan, pastu klu ayam plak duk masak mcm biasa je sbb afiq susah sikit cara mknnya..jdi bila dh boring tu masak udang atau ketam la, ketam ni ada org jual dekat rumah setiap ptg..pasar bsar maz pergi 2 minggu skli, klu kat pasaraya xbeli sangat ikan ni sbb xde pilihan..ada yg berkenan bru beli, daging pun suka beli kat pasar senang bleh pilih..ketam bercili ni lebih kurang je mcm yg buat sblum ni, cuma ni masuk pes cili thai dan thai sweet cili sos..tu yg jdi ketam bercili thai, sedap hingga jilat segala kaki tangan ketam! ketam pun isi penuh, klu dpt ketam segar masak apa pon sodap deh..nk beli ketam, pilih yg berat gitu bru bnyk isi..InysaaAllah jumpa lagi dan maaf atas apa yg tidak sempurna..

guna pes cili thai ni, kat Msia pun bnyk jual..ni beli kat asian store, pes tomyam pun ada juga brand ni..sni barang siam gini bnyk, sos pun mcm2 ada..

KETAM BERCILI THAI by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 2 ekor ketam saiz besar - kerat 2
  • 1/2 labu bawang besar bombay *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar pes cili thai (maz guna mcm yg dlm gambar tu)
  • 2 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos manis thai/apa-apa sos pencicah
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit gula dan aji jika suka
Cara

1. Panaskan minyak secukupnya dan goreng ketam sekejap biar separuh masak, angkat dan toskan.
2. Tumbuk lumat bahan bertanda *, dengan kuali lain panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk biar wangi dan bawang masak sikit.
3. Masukkan cili kisar dan tumis biar pecah minyak, masukkan pes cili thai.
4. Masukkan semua sos, sedikit air, gula, aji jika guna dan sebatikan.
5. Masakkan ketam, masak sambil tutup kuali biar ketam masak sekata dan balik sekali sekala.
6. Garam maz tak letak sebab dah masuk sos tiram dan masin dari air ketam dah cukup.

kerap jgk la smjak sblum puasa hingga lepas raya hritu duk beli ketam ni sbb geram tgk besar2 la..wpun xberapa nk beli sangat bila teringat bercinta depan meja time nk mkn tu..abangngah memang suka ketam ni, tpi dia xreti nk buat sdrik..suami pun sama, segala kaki tangan tu kita la yg kena habiskan..

Monday, September 19, 2016

Rojak Kangkung..Versi Berlainan

 Assalamualaikum w.b.t
'Allahumma inni as'aluka ‘ilman naafi'an, wa rizqan tayyiban, wa 'amalan mutaqabbalan' (Ya Allah aku memohon kepada Mu ilmu yang bermanafaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima)
 sama2 kita amal baca sebaik bagi salam selepas solat subuh, Sunnah RAsulullah saw..semoga permulaan hri kita diberkati dan Allah swt guid us to what's best and keep us steadfast on His straight path, Ameen.
rajin skit pgi ni nk duk depan lappy..skli lagi masih dgn cerita lama, dekat 5 bln dh peram rojak ni..knpe la maz smua ko duk ram je ni! klu ayam dh menetas..maaf la ye, tepek la jgk sbgai rujukan wpun dh lama bnor..apa nk buat, dpur xde iso gini ler! rojak ni ilham dari makanan goreng yg biasa org jual kat tepi pantai mcm sotong dan udang goreng tepung tu..pastu maz kombinasikan dgn kerabu kangkung thai ni, utk buat sos tu, maz guna nisan putih atau thai palm sugar..Alhamdulillah semua dgn izinNya..sedapp sangat! daun kangkung yg rangup, sos manis yg sedikit pedas ditambah plak dgn stun dan udang goreng tepung..memang xckup sepinggan! suami la suka sangat mknan gini..dh 2x buat, ada la tu 1 lgi duk dlm folder dh berbln2 jgk peram..kat sini versi kerepek, makan gitu je, InysaaAllah semoga jumpa lagi dan maaf atas segala kekurangan..

rojak versi baru, gini la adat duk diperantauan..kena kretip skit guna apa bahan yg ada..skli sekala bertukar selera dri typical rojak buah atau rojak kangkung kuah kacang tu..

ROJAK KANGKUNG by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
Sos 
  • 1/2 cawan thai palm sugar/nisan putih thai seperti dalam gambar kat bawah
  • 1 sudu besar cili kisar (jangan guna cili boh ye)
  • 1 ulas bawang putih - ketuk
  • 1 cawan air @ secukupnya 
  • sedikit nampla/kicap ikan
Cara
1. Satukan semua bahan diatas, masak hingga mendidih dan nisan larut.
2. Masak dengan api sederhana biar sos jadi pekat sikit, suaikan rasa kalau kurang manis tambah nisan putih sikit lagi atau air jika perlu, maz pun tak sukat, main agak gitu je, sejukkan sepenuhnya.

Bahan Rojak
  • sotong dan udang segar secukupnya
  • 1 ikat kangkung 
  • 1/2 cawan tepung beras 
  • 1/4 cawan allpurpose flour 
  • 1 sudu kecil baking powder 
  • 1/4 sudu kecil yis kering - larutkan dalam 2 sudu besar air suam 
  • 1-2 titik pewarna kuning jika perlu
  • air sejuk peti secukupnya 
  • sedikit garam 
Cara

1.  Udang buang kulit, kepala dan urat hitam, cuma tinggal ekor saja, sotong buang kulit, cuci dan toskan, kangkung kerat sekali dengan batang, cuci dan toskan.
2. Dalam mangkuk satukan bahan kering, masukkan air, yis dan pewarna jika guna (air tu masuk sikit-sikit sambil kacau, agak-agak la ye maz tak sukat pun), kira lekat bila celup udang dan sotong.
3. Panaskan minyak secukupnya, celup sotong dan goreng biar sedikit perang dikedua bahagian, angkat dan ketepikan, begitu juga dengan udang.
4. Dengan bancuhan yang sama, tambah air sejuk sikit untuk celup kangkung (maknanya untuk kangkung ni adunan tu cair sikit, baru rangup), jangan letak banyak sekali goreng agar tidak bertindih, goreng biar sedikit garing dikedua bahagian, angkat dan ketepikan.
celup daun .
5. Boleh la dihidang ketika masih panas bersama sos, sotong tu boleh potong jika besar.

Nota ilhamdapur : kalau guna nisan keping atau gula melaka, boleh masukkan tepung jagung sikit utk pekatkan sos, cuma rasanya lain sikit la dari guna nisan thai ni.

maz guna nisan putih atau thai palm sugar ni utk buat sos, klu guna nisan keping atau gula melaka lain sikit rasanya dan sos akan jdi gelap, xmerah la..

mkn time, tuang sos bnyk2! batter tu masih duk guna respi sama je mcm buat fish n chip, cuma utk goreng kangkung tu buat cair..utk sotong dan udang pekatkan sikit..maz goreng sotong dan udang dlu, pastu tambah air biar cair sikit utk goreng kangkung plak..dlm gambar ni sos yg dlm botol tu npak gelap sikit mungkin sbb cahaya masa snap tu, sbnarnya sos tu merah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...