Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Saturday, November 15, 2014

Ayam Masak Merah

Assalamualaikum w.b.t..'Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim'...plannya nk update pgi tdi...tpi tu la deh...msa xmengizinkan...ayam masak merah pasangan nasi-tomato tu...dri dulu klu buat ayam masak merah tu duk masak mcm ni je...pabret keluarga dan kwn2 klu buat jamuan...tpi ada 1 lgi rspi mak (MIL) yg banyk kli jgk dah buat sblum ni cuma smjak dtg sni xbuat lgi...ayam masak merah mak tu specil skit...ada masuk badam...Insyaa Allah nti maz update kat sni rspi mak tu...aiman la yg paling suka ayam masak merah opahnya tu...klu blik mesti opahnya buat ayam tu...yg buat sblum ni ada kat sini...selamat berhujung minggu dan mohon maaf atas segala kekurangan...Insyaa Allah semoga ketemu lgi...

Ayam Masak Merah by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 500g ayam - potong saiz sederhana, cuci bersih dan toskan
  • 8-10 ulas bawang merah @ 1 labu bawang besar *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 2 batang serai - hiris *
  • 2 inci halia muda *
  • 1/2 cawan cili kisar - rebus cili kering & kisar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 labu bawang besar - hiris
  • garam,gula secukup rasa & aji jika suka
  • cili hijau dan daun ketumbar
Cara

1. Lumur ayam dengan garam kunyit dan goreng hingga masak, tapi bukan garing ye. Angkat dan toskan, masak sampai habis.
2. Kisar semua bahan bertanda * dengan sedikit air hingga lumat.
3. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar hingga wangi.
4. Masukkan cili kisar dan masak dengan api sederhana hingga pecah minyak. Kemudian tambah air sikit dan tumis hingga cili masak.
5. Masukkan sos cili, sos tiram, bawang besar dan dan tambah air sikit lagi.
6. Perasakan secukup rasa dan masukkan ayam goreng tadi. Kacau biar sebati dan masak biar ayam sebati dengan sos dan kuah jadi pekat.
7. Akhir sekali masukkan cili hijau dan tabur daun ketumbar, bawang goring bila nak hidang, maz buat makan dengan nasi tomato.
    klu buat jamuan memang senang mask menu ni dgn nasi tomato...budak2 pun memang suka klu lauk ayam ni kan...tukang masak lagi la seronok xpayh feningg nk buat lauk banyk jenis...kat msia dlu biasa buat time jamuan raya utk kawan sekolah anak...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...