Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Friday, November 5, 2010

Sesame Prawn..Resipi Campakk..

Assalamualaikum..rspi udg lgi..tpi ni pun memang rspi main sdp kita je nk cmpak apa lam kuali tu..jnji ada rsa dan msih ada rupe udg lagikk!! hehe..kat umah kita ni memang pning jgk pkir nk msk mcmana lgi dgn udg2 ni..nk msk brkuah pelik2 skit..nti xde yg mkn plak..jdi kita pun greng knyit mcmmmmm slalu je..pastu cma buat sos ringkas2..org kata skdar ckup syarat nk bgi udang tu bsah2 skit..klu greng gtuw aje..kering sngat la plak kan..asalkan hbisss..dah ler ye..heheee..slmat bercuti jgk buat smua smpena dgn cti umum hri ni dan cti hjung mngu..ok la smga jmpa lgi..kita pun nk kluar dah ni..bwa anak2 tgk wayang..anak2 nk tgk Megamind..

nama pun kita main buh je tu..sbb xthu nk bgi nama apa..kang klu letak nma udang campak je..ksian plak kat udg2 kita tu kan..heehe..

Sumber Resipi : Ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan (tiada sukatan tepat)
  • 15 ekor udang saiz sederhana besar - dibelah belakang dan toskan, kemudian gaul garam kunyit
  • 1 sudu besar cili kering yang dikisar
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 2 ulas bawang putih - dicincang
  • 1/2 labu bawang besar - dihiris nipis
  • 2 biji cili merah - dipotong serong
  • 1 tangaki daun kari
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • sedikit gula dan serbuk pati ayam sebagai perisa - jika perlu
  • minyak masak secukupnya
  • sedikit bijan

Cara

1. Panaskan minyak dan goreng udang sehingga masak.

2. Dengan kuali yang sama, keluar minyak goreng udang tadi dan tinggal dalam 4-5 sudu besar saja, kemudian masukkan bawang putih dan daun kari.

3. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing. Kemudian masukkan sos cili, sos tiram dan air asam jawa. Kacau sebati.

4. Masukkan pula bawang besar dan perasakan seenak rasa, jika perlu boleh ditambah dengan sedikit gula dan serbuk pati ayam.

5. Akhir sekali masukkan udang dan balik-balikkan agar udang sebati dengan sos.

6. Tabur bijan secukupnya sebelum dihidangkan. Siapp..

2 comments:

  1. kak maz,walaupun main campak,tapi nmpk yummy sgt... leh try ni,sbb mie sgt suka udang.. blh msk list nih...

    ReplyDelete
  2. Salam, Kak Maz... berseri2 udang tu bila dicampakkan bijan kan... sy sukaaaaaaaa udang gak.. hihihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...