Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, February 23, 2016

Baked Roti Canai (Leftover)

Assalamualaikum w.b.t
'Allahumma La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin' (Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim), doa Nasi Yunus as ketika dlm perut ikan, sama2 kita amal baca dikala keresahan atau dlm masalah, padaNya kita berserah, Yang Maha Mengetahui dan Maha Penyanyang.
lain skit menu pgi ni, sbnarnya ilham ni dtg secara spontan..duk pkir nk buat apa utk bekspes, tetiba teringat roti canai ada dlm peti..lalu terjadi la roti canai versi pie ni, slalu jgk duk buat stok roti canai ni, utk buat egg roll anak2..sni panggil prata, ada jual kat kedai makan kecik2..roti canai sni xberminyak, kering je..tpi lembut! kira ok la jgk menu left over ni, bleh jdi main dish plak klu dihidang bersama kari..ni layan dgn sos cili je sbb xde plan pon nk buatnya..Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf atas apa yg tidak sempurna..semoga Allah swt guide us to the right path dan bless us with His mercy, Ameen..

koyak2 je roti canai tu, tabur bawang besar sikit..pastu tuang telur, bleh la masuk oven..cuma lain kali kena rendam dulu sekejep roti tu dlm susu segar biar lembut sikit agar tak serap semua telur dan bila masak tak kering sangat..

BAKED ROTI CANAI (LEFTOVER)  by http://ilhamdapur.blogspot.com    
Bahan-bahan
  • 3-4 keping roti canai - koyak
  • 5 biji telur
  • 1/4 cawan susu segar
  • 1/2 cawan susu segar - untuk rendam roti canai
  • sedikit bawang besar - hiris nipis
  • sedikit garam
Cara

1. Panaskan oven suhu 170 C dan sapu keliling loyang dengan sedikit mentega, 
2. Satukan telur, 1/4 cawan susu segar dan sedikit garam, kocok dengan garfu biar sebati.
3. Masukkan selapis roti canai yang telah dikoyak-koyak dalam loyang, tabur sedikit bawang kemudian letak roti canai lagi dan atasnya tabur sedikit bawang.
4. Tuang telur dan bakar selama 25-30 minit atau hingga sedikit perang.
5. Boleh la dihidang ketika masih panas bersama sos cili atau kari.

Nota ilhamdapur : yang maz buat tu tak rendam dulu dalam susu segar, bila masak kering sikit, jadi maz cadangkan rendam dulu roti canai dalam 1/2 cawan susu tu sekejap biar lembut sikit, kemudian baru masukkan dalam loyang dan tuang telur,  kalau nak letak cheese pun boleh.

bleh la klu nk picit mayonis dan sos cili, menu ringkas je tpi kenyang! bleh buat lagi bila time kecemasan, ala2 pie gitu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...