Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, February 25, 2016

Daging Goreng Berkicap

Assalamualaikum w.b.t
'Allahumma inni as'aluka ‘ilman naafi'an, wa rizqan tayyiban, wa 'amalan mutaqabbalan' (Ya Allah aku memohon kepada Mu ilmu yang bermanafaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima), sama2 kita amal baca 7x sebaik bagi salam selepas solat subuh, semoga Allah guid us to what's best and keep us steadfast on His straight path, Ameen.
bertemu skli lagi, lama jgk dh xbuat lauk daging goreng ni..biasa duk masak berkuah je, satu hri tu tetiba terasa nk mkn daging goreng..ni pun lauk sblum start diet, kejadian awal bln rsanya..mcm daging goreng kunyit biasa je cuma maz buh kicap manis sikit xnk daging kering sangat..pastu sayur letak je apa stok yg ada, lauk gini sedap kan layan dgn nasi panas..Inysaa Allah sampai jumpa lagi dan mohon maaf atas segala khilaf..

DAGING GORENG BERKICAP by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 300g daging lembut/batang pinang - hiris nipis
  • 1/2 labu bawang besar - hiris nipis
  • sedikit kicap manis
  • sedikit sayuran - maz guna bunga kobis, brokoli, lobak merah, lada benggala, cili hijau
  • sedikit minyak sayur/masak
Cara

1. Gaul daging dengan sedikit garam kunyit seperti biasa.
2. Dalam kuali masukkan daging dan sedikit air, masak sambil dikacau sekali sekala agar daging masak sekata hingga air kering.
3. Masukkan sedikit minyak, masak sekejap kemudian masukkan sayuran, bawang sedikit kicap manis dan kacau balik biar daging sedikit garing dan sayur lembut.

xtahan jgk tgk lauk2 ni, terasa klu dpt nasi dgn budu pun jdi dh..bkn senang nk latih diri utk kata NO pada makanan yg kita suka deh! yg biasa duk mkn..tpi sbb pikir anak2 pun badan dh lebih sangat berat masing2, tu yg kena pejam mata jgk kli ni..semoga Allah permudahkannya dan beri kekuatan itu..

1 comment:

  1. nampak sedap nih. boleh cuba buat suami dengan anak-anak..

    jemput ke blog saya
    http://mummyumardian.blogspot.my/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...