Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, February 17, 2016

Ayam Bakar Kicap

Assalamualaikum w.b.t 'Hasbunallah wa'nik mal wakil' (cukuplah Allah penolong bagi kami), semoga Allah (SWT) guide us to the straight path, give mercy, forgive us and our parents, Ameen..
kerap jgk duk buat lauk bakar2 ni, kononnya menu sihat la..tpi xde pantang jgk pun, makan je semua apa yg ada depan mata..badan pun rasa berat semacam dh! sblum ni updated versi ikan bakar kicap, sbb sambalnya kena dgn selera, tu buat ayam plak..mkn masa kat Padang dlu, memang bertambah2 mkn nasi..mcmana nk diet! pastu ulam xtinggal, maz dgn suami suka mkn peria mentah..memula dlu terasa jgk pahitnya tu, tpi bila dh selalu mkn, jdi sedap plak..ayam ni pun kejadian sebln yg lepas, bnyk blik gambar2 dlm folder tu..Alhamdulillah atas segala nikmatNya, Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf atas segala yg tidak menyenangkan..

AYAM BAKAR KICAP by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg ayam - potong 4
  • 3-4 biji cili merah *
  • 1 labu bawang besar bombay *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci hirisan halia *
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • sedikit asam jawa, tak perlu bancuh air
  • kicap manis secukupnya
  • sedikit garam dan aji jika suka
Cara

1. Cuci  ayam dan toskan, lumur ayam dengan sedikit garam.
2. Kisar lumat semua bahan bertanda dengan kicap manis* , kemudian sebatikan dengan serbuk ketumbar, lumur pada ayam dan perap 30 minit.
3. Susun ayam dalam loyang, bakar selama 50-60 minit dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180 C.
4. Bila dah masak, sapu ayam dengan sedikit minyak dari loyang bakar ayam agar ayam nampak berkilat dan basah.

Sambal
  • 10 biji cili padi 
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas kecil bawang putih
  • 2 hiris tomato
  • sedikit jus limau/lemon atau air asam jawa
  • garam, gula secukup rasa dan sedikit aji jika suka
Cara : Kisar semua bahan dan perasa secukup rasa biar ada rasa yang seimbang, sedia untuk dihidang bersama ikan bakar dan ulaman.

lauk mudah yg sedap, diganding plak dgn sambal pedas..cuma sambal tu maz xbuat mcm sambal Padang, klu cicah dgn sambal belacan pun ok je.

3 comments:

  1. kerak-kerak tu yg best :)
    assalam kak maz... harap sihat ye :)

    ReplyDelete
  2. Wsalam, Alhamdulillah kmaz sklrga sihat..semoga Fiza jgk sentiasa dlm rahmatNya..tu la, garing2 sikit..tpi leh buat selalu, terbabas diet..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...