Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, February 15, 2016

Takoyaki..Setelah Sekian Lama

Assalamualaikum w.b.t..'Allahumma ajirni minan nar' (Ya Allah pelihara aku dari api neraka), sama2 kita amal baca 7x selepas solat subuh sebaik saja bagi salam..semoga Allah swt tunjuk apa yang terbaik buat kita dan sentiasa teguh di atas jalanNya yang lurus, Ameen..
dri itali ke jepun la plak, setelah sekian lama xbertakoyaki..sebenarnya masa balik msia tahun lepas memang beli barang2 utk buat tako ni kat jusco, tpi tu la duk peram sampai dekat setengah tahun baru dtg rasa nk buat..cuma bila dh start buat tu, mungkin sbb dh lama xmkn..tak ckup! 1 adunan tu bleh dpt dlm 15 biji sbb acuan ni besar sikit, pastu duk ulang buat sampai 3-4x dh la..tinggal separuh dh sos dgn boneto flakes, suami memang suka..abangngah pun sama, cuma yg bongsu je xmkn..dedula acap jgk dh duk buat tako ni, kat sini pun ada, memang sedap takoyaki ni..lembut2 gitu pastu penuh dgn rasa, Inyaa Allah jumpa lagi dan maaf atas segala yg tidak sempurna..

tako yg dh siap dan ready utk di make up..ni ler acuan takoyaki kali ni, beli kat pasaraya Lulu..klu sblum ni guna yg letrik, ni pakai acuan biasa je..acuan utk kuih india kut sbb dri india, senang nak cuci guna yg ni, pastu xlekat langsung dan tebal..

TAKOYAKI (OCTOPUS BALL) by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

Tokayaki Batter
  • 1 biji telur sejuk dari petiais
  • 340ml air sejuk dari petiais
  • 100g tepung gandum
  • 1/8 sudu kecil sos ikan/nampla @ sedikit garam 
Inti
  • 4-5 ekor sotong - potong dan toskan, kemudian gaulkan sotong dengan 1 sudu besar sos tiram dan beberapa titik pewarna merah, masak sekejap, jangan letak air ye (masak dalam 3-4 minit je), kemudian titiskan 2-3 titik minyak bijan.
  • 1 mangkuk kobis yang dicincang halus
  • 1 sudu besar okonomiyaki sos - bancuh dengan sedikit air (untuk sapu pada bebola tako yang telah masak nanti)
  • 1/2 mangkuk kecil minyak sayur/masak - untuk sapu pada acuan dan selalu curah sikit-sikit pada bebola tako semasa memasaknya
  • dried bonito flakes secukupnya
  • mayonis secukupnya
  • sedikit aonori  - utk tabur 
Cara-cara

1. Di dalam mangkuk, pukul telur hingga berbuih dengan wisk atau garfu, masukkan air sejuk dari peti dan kacau sebati.
2. Masukkan tepung  dan sos ikan/nampla, pukul biar sebati atau berbuih sikit.
3. Panaskan acuan tako, sapu minyak pada lubang tako, tuang adunan, tapi jangan penuh sangat dan masak sekejap dulu agar lapisan bawah tu nampak sedikit berkerak, kemudian masukkan 1 potong sotong dan sedikit kobis cincang.
4. Kikis lebihan adunan dan masukkan ke dalam adunan dalam lubang-lubang tako.
5. Terbalikkan tako menggunakan lidi sate, tuang sikit lagi adunan agar penuh dalam acuan untuk membentuk bulat dan curah minyak masak sikit.
6. Terbalikkan beberapa kali sehingga bahagian luar tako sedikit garing sambil letak minyak sayur sikit sekiranya minyak dah kering.
7. Bila dah masak, angkat susun dalam pinggan, sapu semua bebola tako dengan okonomiyaki sos, kemudian taburkan dried bonito flakes secukupnya dan picitkan mayonis, akhir sekali tabur sedikit aonori. 

snack mudah yg memang sedap, cuma kena ada bahan2 dan acuannya..dri dulu maz guna sotong je, dh try dgn udg..tpi rsanya kurang sikit, kena stun jgk bru sedap bagi tekak ni..cuba tiru mcm yg juco jual, stun tu dimasak dgn sedikit sos tiram dan pewarna merah, dulu masa memula beli maz tgk stun dlm tako jusco tu warna merah, jdi dri situ la cuba rungkai rasa dan buat ejus buat sdrik..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...