Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, February 11, 2016

Sambal Sotong

Assalamualaikum w.b.t..'Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim' (Maha Suci Allah dengan segala puji bagiNya, Maha Suci Allah yang Maha Agung), 2 kalimah yg ringan dilidah, berat ditimbangan Mizan, sama2 kita amal baca selalu sebagai zikir harian.
lama jgk dh xkluar lauk sotong..sbbnya stun kat sni bermusim, jarang tgk stun ni kat pasar..klu stun katak yg jenis besar piring tu bnykk! sebesar pinggan pun ada..stun tu ada je sepanjang tahun, tpi tekak ni la plak xlalu nk mkn..nk siang pun rsa geli! ni maz beli kat Lulu, masak sambal ni kira menu common la klu stun deh! suami pun siap oder lagi sruh masak sambal ni..saja buat kuah banjir gitu, xpyah nk buat kuah lain dh..stun ni kira menu masih panas lgi la, lauk tghri kelmarin..yg update dulu tu sbb dh lama xkluar menu sotong, lauk2 lain berderet lgi dlm folder tu..Inysaa Allah jumpa lagi dan mohon maaf atas segala yg tidak sempurna..

SAMBAL SOTONG by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

  • 500g sotong saiz 
  • 1/2 labu bawang besar *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1/2 labu bawang besar - hiris 
  • 1/2 cawan cili kisar - rebus cili kering, kisar
  • 1 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos cili/tomato
  • 1 sudu kecil air belacan
  • sedikit nisan
  • garam, gula dan sedikit aji jika suka
Cara

1. Tumbuk lumat bahan bertanda *.
2. Panaskan minyak secukupnya, tumis bahan tumbuk biar wangi, kemudian masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan air belacan, sos, bawang hiris, nisan dan tumis biar cili masak lama sikit.
4. Masukkan air secukupnya (dalam 1/2 cawan ke) sebab sotong akan keluarkan airnya, kalau suka kuah pekat boleh kurangkan air sikit.
5. Masukkan garam, gula secukup rasa biar ada rasa manis sikit dan sotong, masak seketika biar kuah sedikit pekat dan sotong masak.

klu masak sambal ni memang pabret suami dgn abangngah la, xde lauk lain pun tkpe dh..stun pun kecik2 je, tu yg maz xpotong..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...