Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, February 1, 2016

Udang Goreng Tepung Berperisa

Assalamualaikum w.b.t..'Astaghfirullah robbal baraya, Astaghfirullah minal khotoya' (Ampuni hambamu ya Allah, Tuhan sekalian makhluk, Ampuni hambamu ya Allah dari segala dosa)
bertemu skli lagi, udg tepung ni pun idea dri shrimp kombo menu kat kfc..guna tepung goreng ayam utk salut udang, snack anak2 yg cepat dimasak sedap dimkn..ni pun gmbar awal bln 12 jgk, xde idea plak pgi ni, Inysaa Allah sampai ketemu lgi dan maaf atas segala yg tidak sempurna..

posing ala restoran la skit deh, kebetulan ada beli jagung..geram tgk jagung muda, rebus sapu mentega dan susu pekat..sedap!

UDANG GORENG TEPUNG BERPERISA by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 500g udang saiz sederhana
  • 2 biji telur - kocok dengan garfu
  • tepung ayam goreng secukupnya
Cara

1. Udang dibuang semua kulit cuma tinggal bahagian ekor saja, tarik keluar urat hitam dibelakang udang, cuci dan toskan biar kering sepenuhnya.
2. Panaskan minyak untuk menggoreng, masukkan tepung secukupnya dalam plastik bag yang bersih, ketepikan.
3. Gaul udang dengan telur, kemudian amik 5-6 ekor dan masukkan dalam plastik tepung, goncangkan plastik agar udang bersalut seluruhnya, ulang proses ni sekali lagi agar bila goreng tepungnya tebal, (maksudnya gaul dengan telur dulu, kemudian masukkan dalam tepung dan masuk dalam telur balik, kemudian gaul dengan tepung sekali lagi).
4.  Masukkan dalam minyak panas dan goreng hingga perang dikedua bahagian, angkat dan toskan (jangan goreng banyak sekali goreng, agar udang garing dengan sekata), masak sampai habis.
5. Sedia untuk dihidang bersama sos pilihan jika suka.

biasa duk buat versi celup tepung yg kembung tu, skli skala tukar selera buat yg mudah ni plak..skjap je licin 1 pinggan, maz ulang celup dlm tepung 2x sbb nk bgi kulitnya jdi berkerak tebal..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...